Kumpulan Nasyid Raihan

Sekitar tahun 90-an, sebuah kumpulan dengan nama Raihan tiba tiba mendominasi pasaran hiburan tempatan. Sememangnya lagenda dan sudah pastinya ramai yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Raihan. Zaman beli kaset dan CD dulu. Kini tiba masanya Konsert Garis Masa Raihan menyemarakkan semula muzik nasyid.

Raihan, seperti namanya yang membawa maksud tumbuhan harum atau bunga syurga, mereka memperjuangkan irama nasyid. Dan sebagai sebuah kumpulan nasyid, penangan kemunculan Raihan pada saat itu telah mencetus fenomena.

Album debut dengan judul Puji Pujian telah memecahkan rekod penjualan album lokal dengan terjual sebanyak 750,000 unit dan sehingga kini belum dapat dipecahkan oleh penjualan daripada artis tempatan lain.

Dengan megahnya pencapaian yang diraih, Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr terus mendapat perhatian dari peminat muzik di seluruh pelusuk dunia.

Bukan hanya negara Asia seperti Hong Kong, Kuwait, Dubai, Thailand dan Syria, muzik Raihan bergema dan disanjungi sehingga ke Eropah, Amerika Utara sehingga ke benua Afrika.

Kumpulan Raihan
Kenangan bersama Kumpulan Raihan

Tanpa sedar, usia karier Raihan sudah melewati 25 tahun. Untuk merayakan perjalanan penuh liku mereka, Raihan akan muncul dengan konsert yang boleh disifatkan sebagai epik menerusi  Garis Masa Concert- Raihan. Garis Masa Concert- Raihan dijadualkan berlangsung pada 26 November 2022 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Garis Masa Concert- Raihan akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia.

“Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concert- Raihan mampu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka, malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan,” – penganjur, WNS Marketing & Events Sdn Bhd.

Raihan membawa mesej kebaikan sepanjang zaman. Setiap agama mengajar tentang kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Saya percaya bahawa muzik juga salah satu dorongan kepada kebaikan. Dan Raihan sudah membuktikan dari tahun 90an merentas 6 benua dari dulu hingga kini.

Mereka malah pernah membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth dengan menyanyikan lagu nasyid. Malah lagu-lagu dan persembahan mereka merentas hingga ke Dubai, Afrika, Rusia dan banyak negara lagi.

Konsert Garis Masa Raihan Shah Alam

Judul Garis Masa diambil kerana dirasakan sesuai dengan ‘timeline’ untuk mereka yang sudah mendengar lagu-lagu Raihan dari kecil hingga sekarang. Malah muzik Raihan juga didengar dan dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama.

“Kawan-kawan Melayu kalau mahu berpuasa akan dengar lagu niat puasa dari Raihan. Saya teruja bila rekod Raihan mampu terjual hingga 800,000-unit dan masih belum dipecahkan. Walaupun artis sekarang dapat berjuta-juta view, belum tentu dapat mengatasi perjalanan garis masa Raihan,”.

Persembahan yang akan memakan masa sekitar 90 minit dan bermula pukul 8.45 malam itu akan menyaksikan Raihan mengalunkan untaian hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah, dan Senyum.

Mendengar seleksi judul lagu yang diberikan pun membuat banyak peminat Raihan memutar nostalgia terhadap kehebatan alunan muzik kumpulan nasyid ini yang tidak berlebihan tetapi cukup mengasyikkan.

Konsert Garis Masa Raihan

Sementara itu, mewakili Raihan, Che Amran melahirkan rasa bersyukur kerana di sebalik banyaknya lambakan konsert, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini akan ikut menyemarakkan suasana dengan nuansa muzik nasyid kebanggaan mereka.

“Kami sangat bersyukur kerana ikut berpeluang melakukan Garis Masa Concert- Raihan dalam pada masa kini kebanyakan peminat mungkin sedikit kurang mendengar lagu lagu nasyid seperti sekitar akhir tahun 90-an. “Terima kasih kepada penaja kerana percaya dan mahu Garis Masa Concert- Raihan dilaksanakan pada 26 November depan.

Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan peminat baharu mengenali gaya muzik Raihan yang kali ini akan muncul dengan pelbagai instrumen dan akan menjadi sesebuah seni itu kedengaran indah disamping membina kenangan baru antara Raihan dan peminat semua.

Tiket Konsert Garis Masa Raihan

Tiket-tiket dengan harga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan RM500 telah dijual di https://www.ticket2u.com.my/.

INFORMASI GARIS MASA CONCERT-RAIHAN

Nama Konsert             : Garis Masa Concert- Raihan

Nama Penganjur         : WNS Marketing & Events Sdn Bhd

Tarikh                          : 26 November 2022

Lokasi                          : Stadium Malawati, Shah Alam

Masa                           : 8:45 malam

Harga tiket                  : RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450 dan

                                      RM500

Laman web tiket         : https://www.ticket2u.com.my/

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge