Selepas sekian lama mengunci mulut, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, di sini, malam ini. Klik Live Youtube di bawah untuk LIVE daripada TV3

Video Majlis Resepsi Mira Filzah dan Wan Emir di Putrajaya

Dibawa secara eksklusif, majlis pernikahan Mira dan Emir boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Selain itu, siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.

Ikuti kisah cinta dua hati antara pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah bersama cinta hatinya Wan Emir Astar. Ketahui segala berita dan ‘update’ mengenai kedua pasangan ini di semua platform rasmi Media Prima.

Siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam. Klik Live Youtube di bawah untuk LIVE daripada TV3

Mira yang akan mengadakan tiga majlis resepsi berkata, demi kepuasan, dia mengeluarkan bajet sendiri dan tidak mahu bergantung kepada tajaan. Lagipun, dengan cara ini, dia boleh menentukan konsep perkahwinan mengikut cita rasa sendiri.

Majlis resepsi kedua akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi.

Sementara itu mengenai rancangan berbulan madu pula, Mira dan Emir merancang bercuti di Langkawi.

Mira Filzah Tunang

Selamat Pengantin Baru Mira Filzah dan Wan Emir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *