Kementerian Kewangan (MoF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan pendapatan, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research.

Dalam nota yang dikeluarkan hari ini susulan dialog dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat lalu, Maybank IB Research memetik Tengku Zafrul sebagai berkata, bahawa langkah-langkah lain termasuklah menganalisis kelemahan dalam rejim cukai dan impak percukaian baharu terhadap ekonomi, mengkaji pilihan untuk cukai baharu seperti cukai karbon dan cukai digital, merasionalisasikan insentif cukai, menambah baik pentadbiran cukai serta meningkatkan audit cukai, seperti melaksanakan nombor pengenalan cukai dan meningkatkan analisis data.

Pendapat GST Wajar Diwujudkan Kembali

Ada pendapat GST itu perlulah diubahsuai dan dikenakan ke atas barangan mewah sahaja dan tidak dikenakan ke atas barangan keperluan seperti beras, minuman, elektrik, air, pendidikan dan lain-lain.

Perkara itu perlu diberikan perhatian jika kerajaan mahu memperkenalkan semula GST supaya ia tidak membebankan golongan yang tidak berkemampuan seperti sebelum ini.

Malah namanya juga tidak semesti GST dan boleh ditukar kepada nama cukai barangan bukan keperluan umpamanya.

Dengan GST juga, kerajaan tidak perlu untuk melaksanakan cukai baharu kerana ia sudah merangkumi semua cukai sedia ada, malah ia dapat mengurangkan cukai pendapatan terutamanya kepada golongan pertengahan.

Beban cukai kepada rakyat?

Manakala ada pendapat bahawa idea memperkenalkan semula GST sebagai tidak wajar kerana masih ada lagi alternatif lain untuk menambahkan kewangan negara.

GST adalah cukai ke atas perbelanjaan rakyat dan jika diperkenalkan semula, ia akan membebankan ekonomi rakyat yang belum tentu pulih sepenuhnya pada tahun hadapan kesan daripada pandemik Covid-19.

Difahamkan bahawa GST tidak akan membantu menambahkan hasil negara, melainkan kadar dinaikkan lebih dari tiga peratus tetapi sudah tentu kenaikan kadar itu akan membebankan rakyat Malaysia.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge