Apabila sebut sahaja Nasi Kandar, pastinya sudah sinonim dengan negeri Pulau Pinang bukan?
Di Pulau Pinang terdapat beberapa lokasi restoran nasi kandar yang menjadi kegilaan ramai. Mana tidaknya, sampai sahaja di Pulau Pinang pasti anda sudah terbayangkan keenakan kari dan rempah ratus yang memikat selera setiap yang berkunjung.
Sampai teringat bila dah balik KL. Sedap punya pasal.
Namun begitu, pada 9 Januari 2020 telah tular di mana Restoran Nasi Kandar Beratur yang terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang diarahkan tutup atas faktor kebersihan.
Berita itu telah dikongsikan oleh seorang penulis di laman Twitter iaitu @redzuanNewsMPB. Melalui tweet tersebut tertera gambar Notis Perintah Tutup Establisymen Makanan yang dikeluarkan sendiri oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Najis, air kencing tikus dan lipas yang ditemui di dapur sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, P.Pinang menyebabkan premis itu diarah tutup selama 14 hari bermula semalam.
Menurut laporan lain, terdapat beberapa sarang lipas telah ditemui di restoran tersebut ketika lawatan mengejut itu dijalankan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Bukan setakat itu sahaja, najis, air kencing tikus serta lipas turut ditemui pada beberapa perkakas dapur yang digunakan.
Perkara ini menyebabkan premis restoran ini diarahkan tutup selama tempoh 14 hari bermula 9 Januari sehingga 22 Januari 2020 atas alasan premis disyaki atau mungkin menjadi punca jangkitan penyakit dan keadaan premis mungkin akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan pelanggan yang berkunjung.
Fuuhh… beratur punya ramai orang. Takkan tak perasan kebersihan kat situ sampai nampak najis tikus dan lipas berkeliaran. Moga jadi pengajaran kepada semua untuk jaga kebersihan