Pernah dengar Sabun Candy Viral? Yang digunakan untuk mudahkan basuh baju. Masukkan sahaja dalam mesin basuh dan sabun itu akan berfungsi untuk membersihkan kotoran. Ikuti kisah seorang doktor Paedratik Dr. Redza Zainol tentang kisah ini yang melibatkan anak kecil.

“Anak makan apa?”
“Makan sabun candy viral?”

Pertama kali dengar sebenarnya.

Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.

Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.

Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).

Yang merisaukan ialah “half-life” kandungan sabun ni tak tahu berapa lama. Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.

Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:

  • Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
  • Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
  • Pengsan atau hilang kesedaran.

Baca juga : Tips Jaga Mata, Daya Penarik dan Bersinar

Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.

Nasihat saya,

  • Simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak.

  • Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.

  • Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya.

  • Basuh mulut anak dengan air berkali-kali.

  • Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu.

  • Bawa segera ke hospital.

Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.

Saya nak jemput mak ayah yang nak belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan kanak kanak ke Channel Telegram saya.   Dalam tu, saya berkongsi banyak info penting dengan lebih 150,000 mak ayah setiap hari. Klik je link ni https://t.me/NotaRedzaZainol

Right-pointing triangle

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge