Pemandu X50 kantoi tak bayar tol

Zaman sekarang ini kebanyakan teknologi sudah canggih dan nak membuat pembayaran tol di jalan raya juga sudah ada pelbagai cara seperti menggunakan Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). Tetapi masih ada yang enggan membayarnya seperti pemandu X50 kantoi tak bayar tol.

Macam ni punya perangai pun ada. Biasanya kereta yang tak bayar tol ni akan ekori rapat kenderaan di hadapan apabila melalui palang tol. Kiranya mereka ini culas dalam membayar tol yang sepatutnya dibayar seperti pengguna lain.

Tindakan seperti itu sudah dikira sebagai pembuli jalan raya kerana boleh mendatangkan bahaya kepada kedua-dua pihak.

X50 Tak Bayar Tol

Pemandu X50 Tak Bayar Tol

Operasi yang kini dilakukan dengan lebih kerap telah berjaya menahan beberapa kenderaan di Plaza Tol Datuk Keramat Lebuhraya AKLEH malam semalam (27 September).

Antara pemandu yang ditahan adalah seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton X50 berwarna merah.

Selepas disemak, pemandu berkenaan mempunyai tunggakan tol sebanyak RM57.50 dan diminta untuk menjelaskan pembayaran tersebut pada masa dan lokasi sama.

Dalam pada itu, Prolintas giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab supaya melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Boleh dikatakan kebanyakan pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen hantaran dimuat naik itu. Rata-ratanya mempersoalkan tindakan pemandu yang membawa kereta mahal berkenaan tetapi enggan membayar tol.

Baca juga : Pelekat RFID Rosak? Pengguna Boleh Dapat Gantian Percuma

X50 Tak Bayar Tol komen

Ada juga yang memberi pendapat sepatutnya pemandu tersebut didenda dengan jumlah dua kali ganda kerana kesalahan yang dilakukan.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai menyindir lelaki tersebut kerana mampu membeli kenderaan baharu, tetapi tidak membayar tol.

“Kereta baharu boleh beli, tapi tak mampu nak bayar tol,” kata seorang pengguna.

“Kalau tol pun ‘sengkek’ nak bayar, baik kau pakai Perodua Axia. Tak payah nak pakai kereta besar,” sindir seorang lagi pengguna.

Operasi seperti ini memang perlu dilakukan dengan lebih kerap. Barulah mereka yang selalu culas nak bayar tol jadi lebih takut untuk melakukan kesalahan tersebut.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Suria Amanda
1 year ago

Pakai kereta canggih tp x bayar tol..mendapat la dengan netizen..