Tangkap safieyillias

Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieilyas dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dariipada seorang pensyarah universiti pada 9 pagi semalam.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik Instagram ‘pipinatasha’.

“Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, hos berkenaan didapati melakukan perbuatan boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

safieyillias94
Gambar sumber : Harian Metro

Menurutnya, mereka turut menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektronik) kepada kanak-kanak berkenaan.

“Polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Terdahulu, seorang pensyarah membuat laporan polis ke atas pengguna akaun Instagram terbabit di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Ia susulan tindakan pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu.

Dia turut ‘mengajar’ cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua. – Harian Metro

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge