Solat Jemaah di Perlis

Perlis akan membenarkan aktiviti solat berjemaah di masjid di seluruh negeri itu mulai esok, mengikut pematuhan SOP ketat dan kapasiti maksimum mengikut saiz, kata Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, perkenan berkenaan dilaksanakan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 di negeri itu yang dilihat semakin terkawal.

Oleh hal demikian kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid bermula solat Subuh pada hari esok sehingga tempoh baharu arahan terkini yang mungkin dikeluarkan.

Bagaimanapun kebenaran ini hanya terpakai di masjid di seluruh negeri Perlis manakala aktiviti di surau kekal ditangguhkan.

solat jumaat perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata, kebenaran itu hanya terpakai di masjid di seluruh negeri Perlis manakala sebarang aktiviti di surau kekal ditangguhkan. (Gambar Bernama)

Sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengelakkan penularan wabak, pematuhan kepada semua SOP tetap diperketatkan dan semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhinya antaranya memakai pelitup separuh muka dengan digalakkan memakai dua pelitup muka serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka.

Tuanku Syed Faizuddin berkata, jemaah juga hendaklah terdiri dalam kalangan anak kariah sahaja yang berusia antara 12 hingga 59 tahun, manakala bagi jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas, dibenarkan dengan syarat lengkap dua dos suntikan vaksin.

Menurutnya, tempoh masa pelaksanaan solat fardu adalah selama 10 minit manakala tempoh pelaksanaan khutbah dan solat Jumaat adalah selama 15 minit sahaja.

Laungan azan akan kembali dilaungkan dengan lafaz dan kaedah seperti biasa. Selain itu, aktiviti berkumpulan sama ada kuliah, kelas pengajian dan sebagainya selain solat Jumaat dan solat fardu buat masa ini masih tidak dapat dibenarkan. -BHarian-

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Laila
Laila
2 years ago

Alhamdulillah..nikmat yang ditunggu-tunggu, Harap negeri lain pun peroleh nikmat ni tak lama lagi.
Laila recently posted…Cara Mudah Urus Duit Moratorium.My Profile

Ariffin
2 years ago

Untung rakyat Perlis dapat solat di Masjid. Harap mereka dapat kekalkan zero kes ini.
Ariffin recently posted…ONEXOX PREPAID – 28 Bulan Tempoh Sah Aktif, topup bila perlu.My Profile