Pulau peranginan Langkawi, Kedah boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara bermula 16 September 2021 ini.
Pulau itu boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP termasuklah pelancong dari negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bersempena pembukaan semula Langkawi, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac) melalui Tourism Malaysia telah menyediakan pelbagai promosi tiket penerbangan, penginapan serta pakej cuti penjawat awam dan pesara kerajaan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan.
Promosi tiket penerbangan ke Langkawi
1. Di bawah program Pakej Rangsangan Ekonomo (PRE) 1.0, Malindo Air dan Firefly menawarkan potongan sebanyak RM50 bagi harga tiket penerbangan.
2. Malaysia Airlines dan AirAsia pula masing-masing menawarkan harga promosi bermula RM89 dan RM59 sehala.
Promosi cuti penginapan hotel di Langkawi
1. Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Shopee menawarkan e-baucer menarik menerusi kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before.
2. Pelancong domestik boleh menikmati e-baucer bernilai RM50 dan RM100, masing-masing bagi tempahan 3 hari 2 malam di hotel bertaraf 1-3 bintang dan 4-5 bintang melibatkan tujuh buah hotel di Langkawi yang mengambil bahagian.
Tujuh buah hotel itu adalah Bon Ton Langkawi, The Smith House (1-3 bintang), Aloft Langkawi, Resorts World Langkawi , Vivanta Rebak Islands, Pelangi Beach Resort, Berjaya Langkawi Resort (4-5 bintang).
3. Bagi 12,500 tempahan awal yang berjaya, diskaun e-shopping baucar sebanyak RM20 juga akan diberikan untuk membeli-belah terus di aplikasi Shopee.
Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan
1. Untuk Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan pula, terdapat 10 pakej menarik yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan dengan tawaran serendah RM202 seorang.
2. Tawaran pakej ini antara lain merangkumi penginapan 3 hari 2 malam dan maklumat lanjut mengenainya boleh diakses menerusi ruangan ‘Deals & Packages’ yang dimuat naik di laman sesawang Tourism Malaysia iaitu Malaysia.travel.
Pelancong yang menggunakan jalan darat perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan, namun ketetapan ini tidak terpakai kepada mereka yang menggunakan pengangkutan udara. Pelbagai lokasi, tempat makan menarik dan sedap di Langkawi pasti ramai yang sedang mencarinya.
Lebih-lebih lagi sudah lama yang tidak berkunjung ke Pulau Langkawi ini. Ada juga pelbagai Promosi Langkawi dan kita juga boleh memilih pakej cuti yang berbaloi dengan wang ringgit. Sudah pasti ramai yang ingin berehat santai setelah sekian lama di rumah.
Pilih pakej yang betul dan boleh juga buat beberapa survey dahulu kerana hotel-hotel dan kedai di Langkawi ada yang mungkin tidak beroperasi.
Baca juga : 6 Tips Untuk Penerbangan Ideal Yang Ramai Tidak Tahu
Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.
Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
Teringin nak ke Langkawi, bagus kerajaan buat promo macam ni untuk jaga tempat perlancongan bersejarah ni.
shamiera osment recently posted…Luckin Kopi x Sang Kancil ; Croissant Lava Cake!
Terus rindu Langkawi, tapi buat masa ni, nanti laa dulu, kasi can dulu mereka nak bercuti.. tunggu waktu dah reda gitu…
Sis Lin recently posted…GAME PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA
Kapan ade waktu nak ke Langkawi nih, semoge kondisi pandemi cepat berlalu. Amin Ya Allah…