warna penutup botol air mineral

Mesti semua orang perasan air mineral yang dijual mempunyai warna tudung yang berbeza.

Ada yang berwarna putih, biru atau hijau. Bagi yang biasa minum air mineral ni, kekadang rasa pelik air mineral sesetengah botol manakala botol lain sedap pula rasanya.

Dan sebagai seorang yang suka minum air mineral, jika ada sedikit rasa pelik pada air mineral anda pasti dapat dirasa. Pasti ramai tak tahu perbezaan rasa dan proses air mineral berdasarkan warna penutup botol.

Sebenarnya, berlainan warna penutup botol mineral tersebut bermaksud dari mana air tersebut diperoleh.

Mineral tudung biru

Penutup botol warna putih

Ia merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan serta ditambah bahan kimia.

Maka keaslian air semulajadi itu sudah tiada. Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water. Malah harga yang dijual lebih murah daripada yang berwarna biru atau hijau.

Penutup botol warna biru

Diperolehi daripada sumber air bawah tanah dan dipam naik untuk menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan.

Ini baru boleh dilabelkan sebagai air mineral yang original. Harganya tidak mahal sangat.

Baca juga : Ini Beza Tarikh Luput ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum’

penutup botol warna warni

Penutup botol warna hijau

Botol air mempunyai tudung hijau merupakan air mineral semulajadi.

Air ini diambil khas dari dalam tanah di kawasan tertentu yang diperakui mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai gred A+.

Jadi tidak dinafikanlah harga jualan paling mahal jika dibandingkan di antara ketiga-tiga botol air ini.

Kenapa air mineral Evian mahal?

Air mineral Evian datang daripada air mineral tulen daripada pergunungan di Perancis serta diimport terus daripada Perancis.

Tidak dinafikan rasa air Evian juga sedikit berbeza berbanding dengan air mineral yang biasa. Sesetengah berpendapat rasa air mineral Evian lebih kurang macam rasa air zam-zam sedikit masin dan payau.

evian mineral

Air ada zat galian

Semua air ada zat galian kecuali air suling dan air RO serta air hujan kalau udara tidak tercemar.

Tapi, doktor tidak menggalakkan untuk minum air RO (reverse osmosis). Air RO kebiasaannya penutup botol berwarna putih. Air mineral penutup botol berwarna biru dan yang hijau tu air mineral beralkali.

Nak tahu tak? Yang paling aku agak kecewa sedikit kalau bermalam di hotel 4 bintang ke atas, tapi mereka hanya bagi air berpenutup putih. Yang bagi RO water pun ada. Letih…

Selamat meminum air mineral yang bagus ya!

3 Comments

  1. Assalamualaikum..
    Nak tanya, kenapa doktor tidak menggalakkan ambil air RO?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge