Nak cari makan?
Nak makan di mana?
Nak bungkus ke, atau makan di kedai?

Itu semua seringkali bermain dalam kepala kita apabila tiba waktu makan.

Apa kata singgah di Minang Tapau, sebuah restoran berkonsepkan hawker street berhawa dingin. Lokasinya terletak di Plaza Damansara, berhampiran dengan Masjid Saidina Umar Al Khattab.

Di dalam ruangan restoran ini, ada beberapa lagi kedai makanan yang boleh jadi pilihan. Pemiliknya sudah pasti Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob.

Kawasan di Plaza Damansara ni, adalah kawasan mereka yang bekerja waktu pejabat. Jadi, kalau nak cari makanan yang sedap untuk dimakan di situ atau dibawa pulang, Minang Tapau lah pilihannya.

Dato’ Fazley Yaakob bagitahu yang gabungan perkataan Minangkabau dan Tapau (bungkus dalam bahasa hokkien), amat sesuai dengan restorannya ini. Jika dulu SukaSucre Bistro di Cheras, kini Minang Tapau boleh dianggap sebagai ‘anak’ mereka.

Pertama kali sampai dan masuk ke restoran ini, suasananya yang luas bersih serta kemas. Dalam kepala sudah terbayang-bayang apa yang nak dimakan sebab hasil air tangan Dato Fazley Yaakob ni memang terbaik.

Di Minang Tapau ni, ada beberapa jenis menu iaitu Minang Bowl dan Pasta Bowl.

Rugi gila jikalau tak rasa pasta daging salai cili api. Ada juga pilihan dengan nasi. Rasanya tidak terlalu pedas dan setiap bowl itu memang cukup untuk untuk seorang dan berpatutan harganya.

Nak makan di restoran pun boleh, nak tapau pun boleh. Biasanya bila peak hour contohnya waktu orang pejabat keluar rehat, boleh saja terus tapau pesanan. Kan lebih mudah?

Bagi minuman pula, ada air mineral dan teh tarik potonguler. Teh tarik yang rasanya kurang manis kerana gunakan stevia. Haaa, bagi yang jaga badan tu, memang sesuai lah.

Apa yang boleh dikatakan, hidangan sedap tapi rendah kalori. Bubur pun boleh cuba. Yang menarik, ada lima tahap kepedasan bagi yang tak makan pedas sampailah yang kaki makan pedas.

Den tak tahan podeh! hahaha

Nak tengok video Kid dan kawan-kawan makan di Minang Tapau? Jom..
Jangan lupa like, comment dan subscribe tau!

Minang Tapau

Chef kito oghang Ghombau! @fazleyyaakob
Bukit Damansara, Jalan Medan Setia 1
11am-6pm everyday (Closed on Sunday)
Instagram : @minangtapau
Google Maps/Waze/Contact linktr.ee/minangtapau

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge