Resipi soto ayam sedap

Kali ini akan dikongsikan salah satu resipi yang viral di halaman Facebook iaitu Resipi Soto Ayam Kebaboom Bom Bom. Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasaknya.

Resipi sup ayam

Bahan-bahan :

1. Ayam seekor potong kecil-kecil
2. Bawang kecil merah 4 biji (dihiris)
3. Bawang putih 3 bijik (dihiris)
4. Halis dua inci (dihiris nipis)
4. Kayu manis sebatang
5. Bunga lawang 1 kuntum
6. Biji pelaga 3 biji
7. Rempah sup 4 sudu dibancuh
8. Garam
9. Air asam jawa
10. Serbuk lada putih 1 sudu

Cara Masak Soto Ayam Sedap

Cara masak Resipi Soto Ayam Sedap

1. Tumis bahan yang dihiris bersama biji pelaga, kayu manis dengan bunga lawang sampai naik bau.
2. Masuk bancuhan rempah sup.
3. Masukkan ayam. Tumis sekejap sampai ayam tersebut keluarkan air.
4. Masukkan air dua mangkuk.
5. Tambah garam dan lada putih.
6. Tutup dan biar mereneh.
7. Bila dah siap, tambah asam jawa. Tambah dengan garam atau mana-mana yang tidak cukup.
8. Dah masak boleh masuk dalam mangkuk.

Resepi begedil daging

Bahan- bahan :

1. Kentang 5 biji yang direbus
2. Bawang goreng. Yang ini sedap jika goreng sendiri. Anggaran 4 biji bawang merah kecil.
3. Daging hancur jika jenama Ramly, gunakan sebelah bahagian sahaja dan tumis dengan minyak serta lada hitam
4. Daun sup
5. Lada putih
6. Garam secukupnya

Cara buat begedil sedap

Cara masak:

1. Lenyek-lenyekkan kentang yang direbus tadi. Tabur garam dan lada putih.
2. Masukkan daging hancur, daun sup, bawang goreng.
3. Gaul-gaul seperti biasa.
4. Bulat-bulatkan dia sebesar bola pingpong kemudian penyekkan sikit.
5. Masukkan dalam freezer sejam supaya nanti apabila goreng tak hancur.
6. Masa nak goreng, panaskan minyak, pukul telur dengan garam secukup, golekkan begedil tadi dalam telur dan goreng sampai keperangan.

7. Suun goreng dengan minyak panas sampai kembang. Pastikan guna minyak yang banyak dan panas.

8. Untuk sambal kicap, hanya potong cili pastu masukkan kicap

9. Hiris daun sup nipis dan bawang goreng untuk tambahan ada sesetengah orang suka goreng dada ayam dan carik-carik isinya buat tambah sedap.

Selepas itu siap untuk dihidang. Resepi atas ni anggaran untuk 5 orang sebab ayam seekor.

Kredit : Nur Adiba Hassan

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge