bayaran GKP 4.0

Kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, dengan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 mulai Selasa ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali mulai 21 Sept, 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 sebanyak RM500.

Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro untuk meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Jadual Bayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0

Siapakah yang layak menerima Bantuan GKP 4.0?

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
a) Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
b) Permohonan baharu GKP 4.0

Jika permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 berstatus Lulus, tidak layak GKP 4.0. GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Wang Bantuan

Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 Sept, 2021 melalui portal GKP di laman sesawang gkp.hasil.gov.my.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Diharapkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 4.0 ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia. Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Shamiera Osment
3 years ago

Alhamdulillah. Boleh la buat modal nak meniaga nasi minyak balik nanti. Doakan kami ya.
Shamiera Osment recently posted…Weekenders at Flinstone Chalet, Ulu YamMy Profile

Laila
3 years ago

Semoga dengan bantuan ini, dapat membantu lebih ramai mereka yang sedang berjuang utk teruskan kehidupan..moga yg baik2 buat kita semua
Laila recently posted…Cara Mudah Hilangkan Stress.My Profile

abambam
3 years ago

Bagus betul kerajaan prihatin
abambam recently posted…Bayaran GKP 4.0 Mulai 21 SeptemberMy Profile

Sis Lin
3 years ago

Alhamdulilah, moga ianya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. BOleh laa nanti emrasa nasi minyak Miera tu hehehee
Sis Lin recently posted…COOLBLOG MEMPERKENAL MINUMAN SMOOTHIE PERISA TEMPATAN SEMPENA KEMPEN HERO MALAYSIA!My Profile