Bantuan Prihatin Rakyat

Pandemik COVID-19 menyaksikan negara dilanda musibah yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Yang paling terkesan tentulah rakyat, terutamanya golongan B40 dan mudah terjejas. Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu sebuah inisiatif bantuan tunai buat rakyat demi memastikan kelangsungan hidup rakyat. Tarikh bayaran BPR Fasa 3 juga sedang dinantikan rakyat.

Diperkenalkan di bawah #Belanjawan2021, BPR juga telah ditambah baik di bawah PEMERKASA+  dengan peruntukan keseluruhan RM9.6 bilion bagi tahun 2021.

Ketika pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 mula disalurkan awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.

Wang Bantuan

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sejak tahun 2021. Bantuan ini juga akan diagihkan kepada golongan B40 dan M40 bagi kategori isi rumah dan bujang.

Bayaran dibuat mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi fasa 1, bayaran telahpun dilakukan pada 24 Februari lalu dan fasa ke-2 telahpun dilaksanakan pada 7 Mei 2021.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, BPR fasa 3 iaitu merupakan pembayaran fasa terakhir berjumlah RM2.32 bilion akan mula diagihkan pada akhir bulan ini.

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR Fasa 3

Jumlah pembayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:

i. Berjaya Kredit ke akaun
Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.

ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
b. Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

Baca juga : CARA MOHON BANTUAN KUARANTIN RAWATAN NADMA, SEHINGGA RM1,400 SEORANG

Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran atau kemas kini BPR 2021.

Jumlah bayaran BPR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bayaran BPR Fasa 3

RM500 juga diberi untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan. Kerajaan juga memperluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Diharapkan dengan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 ini akan dapat meringankan beban yang dilalui.

Secara keseluruhan, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM17.1 bilion pada tahun ini bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah dan akan diberikan kepada mereka yang layak.

Jadual nilai bayaran BPR fasa 3 mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge