Natrabu express Putrajaya

Makan masakan minang.

Itu antara sesuatu yang boleh anda lakukan untuk menikmati hidangan lazat sambil mengisi perut. Biasanya untuk menikmati makanan minang, banyak terdapat di Indonesia dan juga Negeri Sembilan.

Kini tidak perlu jauh beribu batu lagi ke negara jiran, tetapi kini boleh makan di Natrabu Xpress Putrajaya.

Operation hour Natrabu Xpress Putrajaya
kaunter minuman Natrabu Xpress Putrajaya

Natrabu teruskan legasi

Pastinya selaku individu yang sukakan makanan nak mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang sesebuah restoran. Natrabu adalah Restoran Minang yang diasaskan oleh Haji Rahimi Sutan pada tahun 1958 di Jakarta selaku agensi pelancongan. Natrabu adalah singkatan daripada National Travel Bureau.

Pada tahun 1967, Natrabu membuka restoran awalnya di Jakarta yang pada masa itu hanya boleh menempatkan 20 orang tetamu dengan 5 buah meja. Pada hari ini, terdapat 8 Restoran Natrabu dengan 3 cawangannya di Malaysia.

Restoran Natrabu dihiasi dengan konsep Minang yang mempunyai pakaian songket serta tradisi perkahwinan Minang.

Grand Launch Natrabu Xpress Putrajaya
Natrabu Xpress Putrajaya Shareholder

Natrabu Xpress cawangan ketiga di Malaysia

Natrabu telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan ketiga di Malaysia iaitu di Presint 15, Putrajaya. Warga Putrajaya khususnya sudah pasti gembira dengan pembukaan restoran Natrabu Xpress ini dengan kelainan pilihan hidangan yang disajikan.

Pelbagai masakan enak disediakan seperti Nasi, Ayam Pop, Ayam Gulai, Dendeng Balado Cabe Merah Kering, Rendang Daging Beef, Sambal Hijau, Gulai Sayur Daun Singkong, Udang Kentang Pete Balado dan banyak lagi.

Harga pun berpatutan dengan menu yang dihidangkan. Anda perlu cuba menu-menu yang terdapat di Natrabu Xpress ini.

Tengku Daud Shah

Bagi yang sukakan pelbagai lauk, sudah pasti akan menikmati menu-menu istimewa yang dibawa khas turun temurun ini. Selain di Putrajaya, dua lagi cawangan Natrabu adalah di Jalan Maarof, Bangsar dan EcoSky Jalan Kuching.

Ayam gulai Natrabu Xpress Putrajaya
Rendang Daging Beef Natrabu Xpress Putrajaya
Udang Kentang Pete Balado Natrabu Xpress Putrajaya

Variasi hidangan jadi pilhan ramai

Makanan yang sedap di Natrabu Xpress tidak mengecewakan. Pilihan yang pelbagai, tidak terlalu pedas, ada yang berkuah dan ada yang kering. Jika diberi pilihan, hampir kesemuanya kelihatan sedap dan enak dengan citarasa.

Ayam gulai dan rendang daging beef cukup lembut untuk dinikmati bersama nasi putih. Tekstur dan rasanya cukup membuatkan perut yang sebelum ini lapar, kini menjadi kenyang dengan kesedapannya.

Anda boleh datang seorang, berdua mahupun secara berkumpulan. Dan ada juga ruangan meja di bahagian luar sambil menikmati makan tengahari atau makan malam.

Makan sedap di Natrabu Xpress Putrajaya

Jadi, kepada yang berada di sekitar Putrajaya, Kajang dan Bangi, bolehlah ke Natrabu Xpress jika anda mahukan sesuatu yang istimewa dengan hidangan minang. Boleh ajak keluarga, rakan taulan, rakan sekerja mahupun bos di pejabat untuk menikmati hidangan minang di Natrabu Xpress ini.

Makan di Natrabu Xpress Putrajaya
Natrabu Xpress Putrajaya Presint 15

Facebook : Natrabu Minang Restaurant-Malaysia
Instagram : NatrabuMalaysia
Telefon : 016-6542401 / 010-3781343
Alamat : Natrabu Xpress @ Presint 15G, 66, Jalan Perak P15, Presint Diplomatik,62050 Putrajaya
https://goo.gl/maps/UiR1xwx8hLp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge