Mana nak cari hidangan salai di Kuala Lumpur?

Bila ditanya di mana itik salai yang sedap, pastinya ramai yang sinonim dengan lokasi di Kuala Pilah atau sekitar Negeri Sembilan. Sesekali ada yang teringin atau mencari di kawasan lembah klang, namun agak sukar kerana tidak ramai kedai yang menjual itik dan daging salai.

Jika anda berada di Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah di Teraso Salai!

Terletak di dalam Restoran Gerak 23 Kampung Baru, Teraso Salai baru sahaja beroperasi pada beberapa bulan yang lalu.

Wisma Central bersebelahan KLCC dibuka hari Isnin hingga Jumaat bermula 10.00 pagi hingga 4 petang. Manakala di Restoran Gerak 23, Kampung Baru dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 8 malam. Kena datang cepat sebab selalunya jam 7 petang dah habis penangan hidangan salai yang sedap.

Bila dapat tahu ada warung yang jual itik dan daging salai ni, memang kena terjah segera. Peminat hidangan salai masak cili api mesti sukakannya.

Keli Salai Masak Lemak Cili Api
Ayam Salai Masak Lemak Cili Api
Itik Salai Masak Lemak Cili Api
Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Warung Teraso Salai juga selain di Kampung Baru, ada juga di Wisma Central yang terletak di sebelah KLCC. Menu yang dihidangkan adalah Itik Salai, Daging Salai, Ikan Keli Salai, dan juga Ayam Salai yang semuanya berkuahkan Masak Lemak Cili Api.

Apa yang menarik rupanya di Teraso Salai ini adalah semua itik, daging, ayam dan keli di salai dengan cara pengasapan perlahan, ada yang hampir 6 jam. Kemudian barulah di bawa ke Lembah Klang ini dari Kajang. Hanya kuahnya di masak di warung Teraso Salai.

Bila melihat kuahnya, sudah nampak kepekatan dan kelikatannya.

Satu set hidangan ini tidaklah mahal. Setiap set dihidangkan dengan nasi putih, ikan kering, timun dan sambal. Harga berbeza sedikit dengan cawangan di Wisma Sentral, KLCC.

Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6
Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7
Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8
Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9

Makan sedap di Teraso Salai, KL

Satu yang menarik di Teraso Salai ini adalah kepekatan kuahnya dan ia sudah pasti daripada resipi turun temurun.

Jika makan di Teraso Salai ini, makanlah dengan segera panas-panas dan kuahnya perlu dicampur sekali dengan nasi putih pada setiap suapan. Memang akan terasa nikmatnya menyuapkan daging dan itik salai masak lemak cili api.

Kuahnya tidak terlalu pedas, tetapi sambal yang dihidangkan dalam bekas kecil itu pedas dan ada ‘kick’ bagi yang sukakan tahap kepedasan yang lebih.

Sandwich Daging Salai

Sekarang ada promosi dengan sandwich daging salai yang juga ada dijual di Warung Teraso Salai. Sandwich ini pun boleh tahan sedapnya. Lain betul dari yang lain. Kepingan daging salai, salad dan thousand island cukup membuatkannya sebagai snek waktu petang atau malam.

Untuk maklumat dan promosi lanjut, boleh follow Facebook Teraso Salai dan Instagram Teraso Salai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge