Badminton sudah berlalu, kini tumpuan bakal terarah kepada terjun dan berbasikal trek. Azizul dan rakan sepelatih, Shah Firdaus Sahrom mula menyesuaikan diri dengan trek Velodrom Izu.

Malaysia menyasarkan satu pingat dalam berbasikal trek dengan pelumba dari Terengganu itu mendambakan emas.

“Untuk edisi kali, saya rasa begitu tenang dan santai, itu yang paling penting. Daripada segi persiapan fizikal kami tahu telah buat sehabis baik. Tapi apa membezakan ialah mental. Saya rasa tenang macam kejohanan yang biasa saya pergi (sebelum ini).”

“Ia disebabkan pengalaman jugalah dalam tiga edisi yang lalu,” katanya.

Menurutnya lagi: “Bila sampai di sini, saya memang banyak santai. Kami banyak berborak dan mengadakan perbincangan berpasukan. Biasanya kalau tengok rakaman perlumbaan, kami rasa berdebar dan teruja tapi kali ini saya rasa tenang”.

The Pocket Rocketman Tokyo 2021
Dato Azizulhasni Awang Tokyo 2021

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang melontarkan amaran betapa dirinya tidak gentar dan bimbang meskipun fizikalnya mungkin lebih kecil berbanding pelumba lain pada temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo ketika ini.

Dia yang hadir dengan status hebat selaku juara dunia 2017 dan juga pelumba nombor satu dunia dalam acara pecut mengakui tidak gentar dengan kelibat pesaing lain di Velodrom Izu apabila acara berbasikal trek membuka tirai pada 4 Ogos ini.

The Pocket Rocketman
gambar fail 2018

Azizul atau turut digelar ‘The Pocket Rocketman’ meluahkan amaran itu di laman sosialnya, di mana setiap pelumba memiliki peluang untuk meraih kemenangan dan menolak saiz fizikal sebagai satu kelebihan.

Dengan memberikan perumpamaan gajah di rimba, dia dilihat bermain psikologi untuk tampil lebih berkeyakinan dalam dua acara yang akan disertainya iaitu pecut dan keirin.

The Pocket Rocketman cycling olympics 2021

Selain pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut bersaing di pentas tertinggi itu nanti, dengan Azizul diletakkan harapan meraih pingat.

Pada temasya ini juga, beliau dan Shah Firdaus bakal menggunakan jentera atau basikal model WX-R Vorteq yang difahamkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) basikal berwarna hitam dan perak itu mencecah RM13 juta.

Kedua-dua akan dibekalkan tiga buah basikal setiap seorang untuk kegunaan bermula 4-8 Ogos ini di Velodrom Izu, Shizuoka, Jepun itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *