Kapal china di Perairan Malaysia

Sebelum ini media melaporkan bahawa Tentera Udara Malaysia (TUDM) berjaya mengesan pesawat milik tentera udara China yang dipercayai menceroboh ruang negara ini.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu sebuah kapal Pengawal Pantai China pula dilaporkan telah menceroboh perairan Malaysia di luar Miri.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri iaitu Kapten Md Fauzi Othman berkata agensi menerima laporan mengenai kehadiran kapal China berhampiran Beting Patinggi Ali pada 4 Jun. Beting Patinggi Ali juga dikenali sebagai Luconia Shoals yang terletak kira-kira 84 batu nautika (155km) dari pantai Miri.

Kapal China Coast Guard

Susulan itu, kini APMM dan Tentera Laut Diraja sedang mengawasi keadaan dengan teliti bagi memantau kawasan itu dan menjaga kedaulatan negara.

“Aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia  mengawasi keadaan dengan teliti.”

-Md Fauzi-

Baca juga : OPERASI CURIGA TUDM : 16 BUAH PESAWAT TENTERA UDARA CHINA DIKESAN

Untuk maklumkan, pada 3 Jun Wisma Putra memanggil Duta Besar China ke Malaysia dan menyerahkan nota bantahan Malaysia sebagai maklum balas kepada insiden yang melibatkan penerbangan oleh pesawat tentera China di ruang udara Malaysia di luar pantai Sarawak.

TUDM mengatakan 16 pesawat itu dikesan terbang dalam formasi taktikal berhampiran Luconia Shoals.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge