Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPN 2.0 Fasa pertama telah dibuat bermula 19 Oktober yang lalu dan wang bantuan tersebut dimasukkan ke akaun bank penerima masing-masing.
Pada masa ini, penerima menunggu Bayaran BPN 2.0 yang akan dimulakan bayaran bermula pada 21 Januari 2021.
Bayaran BPN 2.0 Fasa kedua ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan menerusi laman Facebook rasmi beliau pada 24 November yang lalu. Kali ini, bayaran terbahagi kepada dua iaitu bayaran BPN 2.0 yang kedua dan bayaran permohonan baru dan rayuan BPN 2.0 pada tahun lepas.
Baca juga : Semakan BPR : Cara Mohon dan Check Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021
TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA
Seperti yang dimaklumkan, pembayaran untuk BPN 2.0 Fasa Kedua akan dilakukan kepada penerima bermula:
- 21 Januari 2021 – (B40)
- 25 Januari 2021 – (M40 dan penerima tanpa akaun bank, tebus di BSN)
- Awal Februari sehingga 1 April 2021 – Lokasi-lokasi yang akan diumumkan
JUMLAH BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA
Untuk pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua ini, baki jumlah bayaran yang akan dikreditkan ke akaun penerima ialah:
KATEGORI | FASA 2 |
---|---|
ISI RUMAH B40 | RM300 |
ISI RUMAH M40 | RM200 |
BUJANG B40 | RM150 |
BUJANG M40 | RM100 |
Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
Bagi permohonan baru BPN 2.0 atau rayuan BPN 2.0 yang dilakukan pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 dan lulus, anda akan menerima bayaran secara one-off pada Januari 2021 ini.
Jumlah bayaran yang diterima ialah:
KATEGORI | JUMLAH |
---|---|
ISI RUMAH B40 | RM1,000 |
ISI RUMAH M40 | RM600 |
BUJANG B40 | RM500 |
BUJANG M40 | RM300 |
KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA
Kaedah pembayaran yang akan dilakukan ialah:
- Dibuat secara terus ke akaun berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
- Pembayaran secara tunai bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank.
- Penerima BPN 2.0 di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran pada tarikh dan tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
- BPN 2.0 akan dibayar secara one-off dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga sekiranya penerima pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akaun bank bank.
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 2.0 FASA KEDUA
Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua, sila ikuti. langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Klik pautan berikut: BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
- Masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik icon search di sebelah.
- Masukkan kod CAPTCHA dan klik SEMAK.
- Status kelulusan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
SOALAN LAZIM
Apa itu BPN 2.0?
BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.
Bilakah pembayaran akan dibuat?
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.
Bilakah tarikh pembayaran permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat?
Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.
Bagaimanakah kaedah bayaran BPN 2.0 ini dilaksanakan?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
i. Ada akaun bank:
1) Berjaya kredit – Kredit ke akaun bank
2) Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) – Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
ii. Tiada akaun bank Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
NO86 JALAN MERDEKA KAMPUNG TUPONG BATU 93050 KUCHING SARAWAK