1.1K+Shares

Semua sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh Selangor ditutup selama dua hari bermula Khamis.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, penutupan itu adalah selaras keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) pada Rabu yang mengesyorkan agar sesi persekolahan ditutup bermula 6 Mei sehingga 12 Mei.

Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidil Fitri seperti diumumkan KPM pada 26 April lalu.

“Syor JKKNS ini adalah usaha bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes di Selangor,” katanya menerusi satu salinan surat kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah di Selangor yang dikeluarkan pada Rabu.

Baca juga : BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR FASA 2 BERMULA 7 MEI 2021

Pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini juga adalah seperti mana dijadualkan oleh pihak sekolah. Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid, ibu bapa dan penjaga, beliau berkata, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Berikutan itu, semua Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah memastikan setiap sekolah mematuhi arahan ini. -SinarHarian

1.1K+Shares

1 Comment

  1. aduh..tutup sekolah la plak. kesian la kat anak-anak.. kang bagus kl ofis pun tutup semua..eh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge