Sekolah Putrajaya p16

Sesi persekolahan akan kembali pada Januari bermula 2026, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata, kerajaan sudah memulakan usaha mengawalkan kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Perubahan itu bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran selama 36 minggu untuk menyelesaikan keseluruhan kokurikulum sepanjang tahun.

Dengan pengumuman itu, ia dapat memudahkan semua pihak membuat perancangan.

KPM berharap dengan pengumuman ini faktor kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua yang terlibat. Secara tidak langsung perancangan cuti keluarga, kenduri-kendara, cuti-cuti cikgu diatur dengan baik.

Sekolah Selangor

Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan langkah diambil bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi semua pihak dan bila sesi persekolahan dapat bermula awal Januari.

Pada masa sama, Fadhlina memaklumkan KPM turut melakukan penjajaran jadual peperiksaan awam supaya selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan selepas negara beralih ke fasa endemik.

KPM meneliti banyak faktor berkaitan bagi melaksanakan perubahan membabitkan kalendar akademik persekolahan.

Perubahan semula kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sesi Sekolah 2026
Gambar Arkib

KPM turut melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun.

Sebelum ini, KPM memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula Januari, namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.

Permulaan takwim persekolahan diubah dari Januari kepada Mac sejak 2022, selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya akibat pandemik C0VID-19 yang melanda seluruh negara.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge