Seorang doktor berusia 51 tahun dipercayai telah menjalankan sindiket terbabit secara dalam talian sejak September dengan kos di antara RM400 dan RM600.

Individu terlibat dalam pemalsuan sijil vaksinasi C0VID-19 perlu dikenakan hukuman maksimum kerana tindakan itu bukan hanya mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah terhadap individu lain tidak berdosa, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci dalam kes berkenaan dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan. Ini sesuatu yang susah hendak terima dan maafkan kerana ia menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang tidak berdosa.

doktor sijil palsu

Teknologi ‘blockchain’ halang sijil vaksin diduplikasi

Sijil vaksinasi C0VID-19 di aplikasi MySejahtera tidak boleh diduplikasi kerana ia menggunakan teknologi “blockchain” yang menjamin ketulenan sijil itu, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba.

Bagaimanapun, katanya, pemalsuan sijil vaksin di Terengganu baru-baru ini disebabkan masalah integriti pihak tidak bertanggungjawab.

Isu sijil vaksinasi palsu hanya boleh timbul, jika pihak yang mengendalikan vaksinasi itu menyalahgunakan kuasa seperti mengemas kini MySejahtera tanpa memberi sebarang suntikan.

Artikel trending : Nabi sudah lama berpesan, 6 penyakit akan menimpa umat akhir zaman!

Dr Adham Baba (kanan) melancarkan platform e-Skrol menggunakan teknologi “blockchain” yang boleh mengesan ketulenan skrol graduan Universiti Islam Antarabangsa hari ini. (Gambar Bernama)

Jual 1,900 sijil vaksin palsu

Beberapa peruntukan undang-undang boleh digunakan terhadap doktor yang didakwa mengeluarkan sijil vaksin palsu dan individu yang mendapatkan dokumen itu, kata peguam.

Sivahnanthan Ragava berkata tindakan juga boleh diambil terhadap rakan subahat doktor terbabit di bawah undang-undang sama, sekiranya ada.

Ketika mengulas tindakan suspek yang didakwa menjual 1,900 sijil vaksin palsu di sebuah klinik swasta di Terengganu, beliau berkata mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 197 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan atau menandatangani perakuan palsu.

Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 270 kerana melakukan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa. Orang ramai yang menggunakan sijil palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 471 kerana menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen.

Baca juga : Cara Mohon Pengecualian Vaksinasi Mysejahtera

Langkah yang boleh diambil dalam mengekang penjualan sijil vaksin secara haram, Sivahnanthan berkata setiap dos mesti mengandungi nombor berdaftar unik dalam sistem, dan setiap nombor unik hanya boleh dikeluarkan kepada seorang saja.

Sijil hanya boleh dikeluarkan jika terdapat dua nombor unik dalam sistem. Jika mana-mana orang cuba mengeluarkan sijil palsu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian kerana sistem akan menolak nombor unik yang tidak berdaftar.

Menerusi beberapa laporan, sindiket terbabit berjaya dibongkar oleh Jabatan Jenayah Komersil Terengganu selepas menerima maklumat mengenai penjualan sijil vaksin palsu kepada golongan yang enggan menerima vaksin.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge