65Shares

Kegiatan ‘sugar baby’ yang didakwa melibatkan pelajar universiti boleh dianggap sebagai perancangan musuh yang mahu merosakkan generasi muda khususnya golongan berpendidikan.

Tidak menolak kemungkinan itu, Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, agenda berkenaan akan menyebabkan berlakunya kecelaruan identiti yang lebih besar kepada generasi seterusnya.

Isu itu kesan daripada agenda liberalisme dan hak kebebasan yang diperjuang ataupun diterapkan sehingga kebebasan itu telah disalah guna serta diselewengkan daripada maksud sebenar.

Dua perkara ini memberi risiko besar sehinggakan kumpulan ini tidak malu-malu untuk menyebarkannya dan berterus terang di media sosial, dalam laman web tentang kewujudan ‘sugar daddy’. Malahan menganggap bahawa ‘sugar baby’ ini sebahagian daripada kerjaya kononnya untuk membantu kaum wanita seperti janda dan ibu tunggal.

Kegiatan itu juga membuktikan undang-undang dan peraturan agama diketepikan dan sanggup bertuhankan hawa nafsu

Dan ini juga satu mesej kepada rakyat Malaysia dan institusi agama sama ada jabatan agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri untuk melipatgandakan kesedaran dan usaha dakwah kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar.

Baca juga : Akan tiba zaman, mereka pegang agama seumpama genggam bara api

Serentak itu, Dr Norsaleha menyarankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam diberi ruang untuk masuk ke universiti bagi menerapkan nilai-nilai dan penghayatan Islam kepada pelajar. Baru-baru ini, Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia bagi negara mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Lebih mengejutkan ramai pihak apabila Sugarbook melaporkan peningkatan 40 peratus pelajar universiti mendaftar untuk menjadi ‘sugar baby’ sejak Januari, dipercayai atas alasan krisis kewangan yang dialami.

Platform itu turut mendedahkan senarai ‘top 10’ universiti ‘sugar baby’ di Malaysia, termasuk dua universiti awam, membabitkan 12,705 pelajar.

65Shares

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge