HFMD

Berkuatkuasa mulai 4 Mac 2022, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan. Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah memaklumkan kemudahan itu sebelum ini terhad kepada beberapa penyakit sahaja.

Namun kini, kerajaan telah menambahbaik baik kemudahan cuti itu dengan memasukkan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan pegawai perubatan kerajaan atau swasta selain daripada enam penyakit sedia ada dalam senarai sebelum ini.

Bagi ibu bapa bekerja yang perlu dapatkan cuti untuk menjaga anak yang dikuarantin akibat penyakit HFMD, anda boleh semak syarat dan cara mohon di sini.

cuti kuarantin 2022

SYARAT DAPATKAN CUTI KUARANTIN MENJAGA ANAK

Apa syarat kelayakan untuk dapatkan cuti menjaga anak yang dikuarantin ini?

Seperti dimaklumkan, kemudahan cuti kuarantin sebelum ini adalah terhad kepada enam jenis penyakit berjangkit iaitu:

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
  • Demam denggi
  • Demam denggi berdarah
  • Campak
  • Difteria
  • Malaria

Bagaimanapun, kerajaan telah MENAMBAH BAIK kemudahan itu dengan memasukkan:

  • Lain-lain penyakit berjangkit sedia ada dalam senarai berkenaan

Baca juga : Hati-hati Guna Tandas Awam, HFMD Boleh Dijangkiti Melalui Najis

TEMPOH CUTI KUARANTIN

Ibu bapa boleh mendapatkan manfaat cuti kuarantin untuk kesihatan anak bagi tempoh berikut:

  • Maksimum 5 hari bagi setiap kes

PROSEDUR PERMOHONAN CUTI KUARANTIN

Untuk makluman, cuti kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. Berikut adalah prosedur membuat permohonan bagi mendapatkan cuti menjaga anak:

  1. Dapatkan perakuan dari pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
  2. Lengkapkan Borang Permohonan Cuti Kuarantin
  3. Hantar kepada Ketua Jabatan

Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge