Penggal 3 sekolah tangguh

Dr. Radzi Jidin membuat penjelasan mengenai ketetapan terkini KPM berhubung pembukaan sekolah bagi penggal 3 Tahun 2021/2022. Ini adalah disebabkan perkara-perkara yang melibatkan Pusat Pemindahan Sementara dan sekolah-sekolah yang terjejas. Maka diumumkan bahawa Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 ditangguhkan seminggu lagi.

Dimaklumkan 9 Januari bagi negeri Kumpulan A dan 10 Januari bagi negeri Kumpulan B. Kementerian amat cakna dan prihatin dengan kebajikan guru, murid dan ibu bapa dalam konteks banjir semasa.

Ini adalah untuk memberi ruang amat sukar bahawa mereka memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum memulan sesi persekolahan penggal 3.

Baca juga : Bawa Bot dan RM50, Abang Viva Viral Bantu Puluhan Mangsa Banjir

Pada makluman sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge