Rahsia jenis tulisan

Cuba kalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. Ada ramai yang dah pun cuba rahsia tulisan tangan ini dan keputusannya tepat sekali.

Pertama: Tekanan.

i. Tekanan yang kuat.

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)

tulisan arcade bulat

Kedua: Bentuk tulisan.

i. Tulisan yang bulat-bulat.

Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan – otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.

Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri – otak logikal)

Baca juga : Kenapa Tulisan Doktor Macam ‘Cakar Ayam’ ?

pelbagai rahsia tulisan tangan

Ketiga: Kecondongan.

i. Condong ke kanan.
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri.
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

iii. Tegak.
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur.
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Baca juga : Rahsia Personaliti Dan Karektor Daripada Tandatangan

tulisan jarang

Keempat: Kerapatan.

i. Jarang-jarang.
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z.

i. Ada ekor.

a) Besar, panjang dan sempurna.
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tak sempurna.
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

rahsia tulisan tangan

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t).

i. Tinggi.
Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah.
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

iii. Tengah-tengah.
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Mana satu jenis tulisan kalian? Atau dah lama tak menulis, hanya guna keyboard di laptop dan smartphone sahaja. Rahsia tulisan tangan ini mungkin ada yang tersenyum apabila membacanya.

Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge