Site icon Geng Borak

Wakil SAS Rimba Langkawi Jawab Isu Siakap Hidup 7.48kg

SAS Rimba Langkawi

Assalamualaikum, Saya wakil dari restaurants yang viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg, Disini saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian. Berkenaan dengan saiz ikan, saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkar ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.

Dan saya juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan (ikan merah dan kerapu), saiz ikan di dalam lebih kecil saiz lebih kurang 1.00kg-1.5kg sahaja tetapi pihak customer masih lagi insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega.

Dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat saiz ikan dan beritahu kami proceed dengan ordernya.

Berkenaan dengan anggaran saiz yg ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar. Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau Masih lagi proceed untuk order.

Dan ada yang mention berkenaan telur dadar yang mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dalam satu plate. Dan telur itu bersaiz besar dan saya rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yang perlu dikeluarkan.

Point kedua berkenaan dengan kad kredit 5% pihak kami tidak caj apa-apa pun dalam pembayaran beliau, bil yang ditunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah RM1759.50 dan bil kedua berjumlah RM93.00 total untuk 2 bil tersebut RM1852.50.

Baca juga : Promosi Pakej Cuti ke Langkawi Murah MOTAC Tourism Malaysia

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dengan bill juga tu juga order lobster (950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yang dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin RM9/100gram tetapi kami menjual RM16/100gram disebabkan ikan hidup.

Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jangan risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia.


Sumber Pemilik Asal Syikin Musa : https://www.facebook.com/SyncJoker46/posts/2986066208376154

Exit mobile version