SAS Rimba Langkawi

Peniaga siakap di Langkawi yang tular pada awal bulan ini kerana menjual hidangan lebih RM1,000 didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sehubungan itu, peniaga berkenaan bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

Baca : Terkejut Besar! Makan Ikan Siakap Langkawi berharga RM1196.80

Baca juga : Ini 5 Cara Orang Cina Pesan Makanan Seafood di Restoran

Bil SAS Rimba Langkawi

Kertas Siasatan Dibuka

Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Tindakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga berkenaan menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan golongan peniaga agar sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit.

Baca : Wakil SAS Rimba Langkawi Jawab Isu Siakap Hidup 7.48kg

Siakap SAS Rimba Langkawi

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram (kg) di sebuah restoran baru-baru ini.

Kisah ikan siakap ‘kayangan’ itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis siasatan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian. -HMetro-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge