Permohonan Geran Khas PRIHATIN RM3000 Untuk PKS Mulai 1 Mei 2020. Berita baik buat peniaga mikro PKS yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Untuk makluman, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Permohonan kini telah dibuka mulai 1 Mei 2020 secara atas talian melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam Laporan Laksana Prihatin Kedua, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap seorang/ syarikat. Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS Mikro di seluruh Malaysia.

Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

JUMLAH

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

SEMAKAN STATUS

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

gambar sekadar hiasan

CARA BAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.

9 Comments

  1. selamat petang.. saya nak tanya jika number pendaftaran dan nama syarikat tidak betul macam mana saya nak tukar? sebab dia auto detect tu bukan number ssm yang betul

  2. Pertanyaan, bolehkah saya buat permohonan GKP bagi syarikat saya Kymoasia Sdn. Bhd. dan persatuan sukan kami yang juga berdaftar dengan SSM?

  3. Salam,
    Macam mana nak buat pendaftaran sekiranya tiada no lesen perniagaan?
    Memandangkan hanya berkerja dari rumah.

  4. salam.saya ada mendaftar satu syarikat enterprise atas nama saya,kemudian saya ada ingin mendaftar satu lagi syarikat sdn bhd atas nama saya juga tetapi di dalam sistem ada menyatakan yang akaun telah wujud.Jadi sy tidak boleh mendaftar atas satu lagi nama syarikat.Adakah sy masih boleh mendaftar utk akaun kedua.

    1. aslmkm..
      saya ada perniagaan kedai makan kecil2an sahaja untuk menampung kehidupan harian saya dan anak2 sementelah suami tidak bekerja kerana lebih 6tahun sakit dan saya tidak mempunyai lesen peeniagaan…saya mngikuti program amanah ikhtiar malaysia..adakah saya layak memohon geran khas prihatin ini..mohon pencerahan..terimakasih.

  5. en lhdn
    mcm mana saya nak semak setatus geran ini ,, hari tu saya ada semak setatus dia arakan saya ke lhdn bedekatan , saya ke lhdn kota bharu dia org sana tak boleh settel kan ,, dia org bagi no 09 7459000 , empat hari sy call tak jwb ,, mcm mna sy nak tahu status geran saya ,,

  6. MACAM MANA SAYA MAHU SEMAK SETATUS GERAN SYARIKAT ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge