hacker godam

Polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyiasat purata 15 kes penipuan pelaburan tidak wujud setiap hari, dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. Pengarah JSJK Ramli Mohamed Yoosuf berkata sebanyak 4,435 kertas siasatan kes pelaburan tidak wujud dibuka melibatkan kerugian RM364,537,421.

Apa yang membimbangkan, nilai kerugian ini bersamaan 20% daripada nilai kerugian keseluruhan kes jenayah komersial iaitu RM1,824,715,080 direkodkan tahun ini (hingga Oktober).

Daripada 4,435 kes pelaburan tidak wujud disiasat bagi tempoh Januari hingga Oktober itu, sebanyak 4,051 kes berkenaan pelaburan secara dalam talian, manakala 384 kes melibatkan penipuan pelaburan secara bersemuka.

penipuan pelaburan

Penipuan Pelaburan Untung Tinggi

Antara kes pelaburan tidak wujud dikenal pasti adalah skim pelaburan menawarkan keuntungan setinggi 51 kali ganda dalam tempoh tiga hingga enam jam selepas pelaburan dibuat.

Siasatan mendapati sindiket tersebut mula beroperasi pada Oktober tahun lepas menggunakan Facebook, WhatsApp, Telegram, dan TikTok dengan menawarkan pelaburan saham, mata wang digital, dan dana geran menggunakan nama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), menerusi lima pakej daripada serendah RM300 hingga RM2,000.

Setakat ini, polis menerima 28 laporan polis dari seluruh negara dengan nilai kerugian keseluruhan RM1,242,839.34 berkaitan skim penipuan ini. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mida pada 9 Nov tahun lepas mengeluarkan amaran berkenaan penipuan pelaburan menggunakan nama agensi itu di Facebook.

Duit Gaji

Kerugian Jutaan Ringgit

Polis turut mengesan skim penipuan pelaburan yang dikenali sebagai CCF Trade dan EXGCOO 2023, dengan sejumlah 41 kes sedang disiasat melibatkan kerugian RM8.05 juta.

Skim pelaburan ditawarkan adalah berasaskan transaksi jual beli saham di Malaysia serta pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat dan Hong Kong, dengan pelabur berminat akan diminta memuat turun aplikasi bagi melihat akaun mereka menjana keuntungan namun ia tidak dapat dikeluarkan,” katanya.

Siasatan mendapati mangsa yang terbabit dalam kes penipuan ini berusia dalam lingkungan 29 hingga 79 tahun daripada pelbagai latar belakang pekerjaan, dengan majoritinya pesara dan ahli perniagaan.

Wang Bantuan

Ada juga kewujudan kes penipuan “love investment scam” menggunakan modus operandi hampir sama seperti “love scam”, namun sindiket tidak meminta wang secara langsung daripada mangsa sebaliknya akan memainkan peranan sebagai mentor bagi mengajar mangsa mengenai sistem pelaburan.

Apabila mendapat kepercayaan, baru sindiket akan meminta wang daripada mangsa. Setakat ini, kita tahu ada mangsa terlibat dalam ‘love investment scam’ tetapi mereka tidak tampil untuk membuat laporan.

Polis turut mengenal pasti trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat dengan tujuan dijadikan keldai akaun bagi membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan amaun lebih besar.

Setakat ini, polis mengesan 86 syarikat dan 70 perniagaan didaftarkan untuk tujuan sebegini dan sebagai langkah pencegahan polis mencadangkan agar prosedur serta syarat pendaftaran syarikat dan perniagaan diperhalusi serta diperketatkan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge