Op Selamat 2022

Op Selamat 17 akan bermula dari 28 Januari hingga 6 Februari 2022 akan dilakukan secara ‘Total Enforcement and Services’. JSPT akan mempraktikkan tindakan penguatkuasaan secara digitalisasi dengan menggunakan alat kamera pengesanan had laju iaitu In-Car radar di sepanjang laluan lebuh raya bagi memastikan pengguna mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.

Penggunaan alat Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) juga digunakan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik, termasuklah kenderaan yang terlibat dalam kes jenayah seperti kenderaan curi, klon dan sebagainya. JSPT nasihatkan kepada pemandu-pemandu kenderaan agar mengutamakan aspek keselamatan, pemanduan yang berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya serta berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya.

Selain itu, orang ramai juga digalakkan mengisi borang balik kampung sebelum pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Saman RM300 Maksimum

Amalkan 3W, elakkan 3S dan patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti kekalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan atau gunakan hand sanitizer.

Mana-mana individu yang melakukan (6) kesalahan berikut boleh dikenakan saman maksimun RM300 :

  1. Memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
  2. Tidak mematuhu lampu isyarat.
  3. Memandu di lorong kecemasan.
  4. Memotong di garisan berkembar.
  5. Memotong barisan.
  6. Guna telefon bimbit ketika memandu.
Op selamat

Berdasarkan kajian kemalangan direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), enam (6) kesalahan tersebut merupakan penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya.

JSPT memandang serius sikap pengguna kenderaan yang sering melakukan kesalahan terbabit dan tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa berkompromi. Sila patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi keselamatan pengguna jalan raya.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge