Pasangan berpisah 1

Perempuan Pisau Cukur. Jangan terperanjat dan ini bukan suatu gurauan! Perkara ini memang selalu berlaku dikalangan kita. Perempuan pisau cukur sebenarnya cukup pandai bermain dengan perasaan dan menangguk di air yang keruh.

Mereka yang jenis pisau cukur atau kaki kikis ini mudah sahaja untuk dikenal pasti. Dari segi perilaku dan gaya mereka pun dah boleh tahu. Sebelum ini perempuan sahaja yang sering dilabel ‘kaki kikis’. Namun jangan buat-buat tidak tahu pula ada juga lelaki yang mengambil kesempatan atas kesenangan wanita asalkan duit poket mereka tidak terusik.

Secara hakikatnya setiap wanita ingin dicintai dan menyintai. Mereka memerlukan kasih sayang dari insan yang bernama lelaki. Namun untuk memiliki semua itu bukannya sesuatu perkara yang mudah. Apabila sudah ketemu, lain pula jadinya.

Perempuan Pisau Cukur

9 Ciri Perempuan Pisau Cukur

1. Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yang baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki menunaikan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. Ini bagi meyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata. Diawal perkenalan kalau anda serius nak jalinkan hubungan dengan wanita idaman hati rajin-rajinlah bertanya teman rapat mereka ni macam mane lifesytle latar belakang mereka, perbelanjaan mereka semua. Kalau ada something yang membuat korang curiga hati-hati la ye.

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair. Seksi dalam konteks ni ialah dari segi penampilan mereka. Wanita-wanita ni akan gunakan senjata ‘keseksian’ mereka untuk jerat korang.

5. Mulalah minta tu dan ini setelah agak lama berkawan. Tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. Tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan. Sorang perempuan yang baik mereka ada sifat malu yang menebal dan mereka takkan terus sewenang-wenangnya minta itu ini kat korang.

Baca juga : 5 Ciri Wanita Yang Sanggup Susah Senang Bersama

pasangan curang

Goda Sampai Dapat

6. Tidak ada perasaan cemburu dan dalam masa yang sama tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat. So kat sini supposely korang dah boleh take action. Kalau wanita tu sayangkan korang comfirm dia akan rasa jeles walaupun korang keluar dengan cousin korang sendiri.

7. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju, jika diawal perkenalan kalau mereka ni sering mengajak korang ke tempat bershopping dan sangat gemar besosial tak tentu hala, sila berjaga-jaga pasti duit korang akan melayang.

8. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun anda sudah berkawan dengannya hampir 6 bulan. Tetapi anda masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila ditanya, dia lebih suka mengelak. Jadi hati-hati dengan perempuan macam ni mesti ada something wrong.

9. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. Dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. Tetapi alasan-alasan yang diciptanya memang sukar untuk dibidas.

Kalau wanita idaman korang ada ciri nombor 9, baik korang pertimbangkan hasrat nak couple, bertunang or nak kahwin one day nanti. Porak peranda hidup korang nnti.

Baca juga : Jika Dia Jodohku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku

p/s : Info ni just 1 panduan dan tips untuk mengenali wanita pisau cukur atau kaki kikis ni. Zaman moden ni makin ramai wanita jenis ni. Dek kerana mereka ni, ramai lelaki terpedaya sehingga ada yang jatuh muflis dan dibuang kerja serta lingkup company family dek wanita-wanita ni. Dan ada cerita kes rumahtangga hancur dek perempuan macam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge