Aku yang kau gelar isteri

Memperbanyakkan lagi kandungan drama tempatan, peneraju perkhidmatan hiburan inovatif, iQIYI menyiarkan drama terbaru yang sedang disiarkan slot Samarinda TV3, Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk penonton tempatan, Singapura dan Brunei.

Drama romantik seram yang mengetengahkan tema cinta, dendam dan amalan ilmu hitam menggabungkan pelakon popular antaranya Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Lana Nodin, Datuk Adi Putra, Zaki Azeman, Jasper Supayah dan ramai lagi.

Drama ini boleh distrim sejak 17 Februari lalu sehingga 15 Mac depan. Drama berkenaan menjadi salah satu judul yang tersedia melalui usaha sama kandungan drama antara pengeluar dan pengedar terbesar Malaysia, Primeworks Studios dan iQIYI.

Baca juga : Adi Putra Kini Penaja Utama Kuala Kangsar FC

aku yang kau gelar isteri sinopsis

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua mengisahkan cinta tiga segi dan kasih tidak berbalas. Penceritaan drama ini bermula apabila gadis bernama Laila lakonan Sharifah Sakinah, jatuh cinta dengan Ezlan (Adi Putra).

Namun, Laila kecewa apabila Ezlan memilih untuk berkahwin dengan Raihani (Nadia Brian). Laila kemudian membawa hatinya yang lara jauh dari kampungnya. Akibat dendam, Laila menggunakan kaedah mistik iaitu penggunaan sihir melalui bantuan Embun (Lana Nodin).

Laila kemudian kembali ke kampung dan bertekad memenangi hati Ezlan. Kehadiran Laila kembali menggugat dan menguji perkahwinan bahagia Ezlan dan Raihani yang dibina selama sembilan tahun serta dikurniakan dua anak.

Baca juga : Aku Yang Kau Gelar Isteri, Episod 1 Hingga 15 Episod Akhir Streaming View

aku yang kau gelar isteri adiputra

Bulan lalu, platform penstriman ini mengumumkan penambahan drama TV3 yang menerima jumlah tontonan tinggi seperti Rahimah Tanpa Rahim dan Melastik ke Hatimu kepada senarai koleksi drama tempatan mereka.

Judul drama yang ada dalam perkhidmatan penstriman iQIYI akan disiarkan pada hari yang sama ke seluruh negara dengan siaran saluran milik Media Prima, TV3.

Setiap drama yang disiarkan di platform iQIYI disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Drama ini boleh ditonton pada bila-bila masa secara percuma di www.iQ.com atau melalui aplikasi iQIYI yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store. -BHarian-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge