Pasti ada yang inginkan suasana yang tenang dan nyaman apabila mengembara jauh. Suhu yang dingin ditambah pula dengan suasana menghijau pasti membuatkan diri terpana dengan keindahan flora.

Bila ke Kota Kinabalu untuk bercuti, pasti ramai yang singgah di sini.

Desa Cattle Dairy Farm adalah satu lokasi yang sememangnya ramai dikunjungi oleh pengunjung dari Semenanjung Malaysia dan juga luar negara.

Suasana Seperti Luar Negara

Terletak 100 kilometer dari Kota Kinabalu, kami bergerak ke Kundasang sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pemandu van yang membawa 11 orang telah siap sedia dengan tempahan perjalanan dua hari.ko

Desa Cattle atau dipanggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan ia seperti di New Zealand dan melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar itu pun menyeronokkan.

Datang awal pagi, cuaca sejuk

Bagi yang ingin datang ke sini, boleh datang seawal jam 8 pagi dan tiket masuk hanya RM5 seorang. Kami menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, hanya 15 minit dari lokasi penginapan. Tatkala van menaiki ke Desa Cattle Dairy Farm, suasana cerah dan puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan.

Seronok tau!

Cuaca mulai hangat lebih kurang jam 9 pagi dan ketika itu ramai yang mula membanjiri kawasan tepi ladang.

Jangan ketinggalan untuk singgah di Kafe Desa Cattle Dairy Farm kerana ada susu segar, puding dan aiskrim gelato.

Ada juga dijual sosej, keju dan barangan cenderamata. Harganya pun berpatutan untuk dibeli.

desa-cattle-sabah-gelato

Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Tanah Tinggi Mesilau Kundasang ini menjadi tempat penternakan lembu dan menghasilkan susu segar. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan aiskrim gelato dan susu segar kerana ianya cukup enak.

Sambil makan, sambil bersantai di situ. Ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan suasana berlatarbelakang lembu-lembu sedang meragut rumput.

Bagi yang ingin singgah ke Desa Cattle Dairy Farm ini, boleh rancang perjalanan dan kenderaan kerana ianya mengambil masa dua jam setengah hingga tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Berehat satu malam di Kundasang, dan nikmati suasana indah di kaki bukit Gunung Kinabalu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge