1.1K+Shares

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, kini sah menjadi isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33. Majlis akad nikad yang diadakan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, berlangsung pada jam 3.28 petang tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Berlangsung secara sederhana, majlis tersebut mengikut rutin normal baharu dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak.

Ayda yang kelihatan anggun dengan persalinan serba putih hasil rekaan pereka fesyen Lynda Rahim itu melahirkan rasa syukur setelah majlis berakhir dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Ayda turut menjelaskan bahawa dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Ini adalah kehidupan baru kepada kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal kami ditempuhi.

“Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insyaAllah,” katanya yang akan tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1.1K+Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge