Bantuan PKP 3.0

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam ini. Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Cadangan bantuan moratorium juga boleh dilaksanakan selama seperti sebelum ini bagi membantu rakyat menarik nafas lega.

Baca terkini : SENARAI BANTUAN PKP 3.0 : PEMERKASA PLUS SEBANYAK 40 BILION

Baca juga : Panduan umum SOP dan Senarai perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi ketika Total Lockdown

Jika moratorium bermula Jun hingga September 2021 melibatkan semua jenis pinjaman perbankan, peminjam wang berlesen, pinjaman kredit termasuk kad kredit, tidak mampu dilaksanakan, kerajaan mesti pertimbangkan moratorium secara bersasar selama 12 bulan.

rasuah duit

Baca juga : BANTUAN TAMBAHAN RM500 ONE-OFF UNTUK B40 DAN PENERIMA BPR

Kita faham tujuan kita melaksanakan ‘total lockdown’ ialah untuk memerangi rantaian COVID-19. Oleh itu, seruan dan permintaan kerajaan supaya kita berada di dalam rumah masing-masing dan jangan keluar untuk tujuan yang tidak penting dan tidak bersifat kritikal.

Namun begitu, kita faham bahawa apabila kita berada di rumah dalam satu tempoh yang lama, kadar kegelisahan akan berlaku pada keluarga tertentu. Dalam hal ini untuk tujuan kesihatan, riadah dibenarkan tetapi secara ketat dan dikawal sepenuhnya.

Orang ramai juga tidak perlu melakukan pembelian panik, berikutan sektor makanan dan minuman beroperasi seperti biasa, sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge