BKM Bantuan Keluarga Malaysia

Sudah menjengah masuk ke pertengahan tahun 2022. Ada kelompok rakyat yang masih menantikan Bayaran BKM 2022 Fasa 2. BKM fasa 1 telah selesai diagihkan kepada penerima-penerima bantuan pada Mac 2022. Kini tiba pula bagi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa 2.

BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Pihak kerajaan juga akan membuka permohonan rayuan mulai 2 Mei lalu selama sebulan bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Baca juga : Bayaran RM1,000 Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022

Wang Bantuan Bayaran BKM Fasa 2

Semakan Kelulusan BKM

Anda boleh membuat semakan kelulusan BKM  melalui laman portal My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
BKM  Fasa 2 Tambahan

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

Kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk bujang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan RM100 adalah bagi penerima kategori isi rumah, manakala RM50 bagi kategori bujang.

Bayaran fasa dua BKM melibatkan peruntukan RM1.11 billion dan setiap penerima BKM menerima RM400. Setiap penerima dengan bantuan tambahan ini, bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bayaran bantuan tunai dibayar bersekali fasa dua BKM, melibatkan peruntukan RM630 juta. Bantuan ini akan dimasukkan ke dalam BKM, maknanya kalau dulu mereka terima RM400, apabila kita masukkan RM100 mereka akan terima RM500 – PM

Bayaran BKM Fasa 2 Tambahan

Jadual Bayaran

Mengikut jadual, pembayaran fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia akan dibuat bermula pada 27 Jun 2022. Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 telah diumumkan oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.

Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus tetapi tiada maklumat pembayaran, proses pembayaran akan dibuat pada Fasa 2 (Jun 2022). Tarikh pembayaran 27 Jun 2022 dan dikemaskini di Portal Rasmi BKM dari semasa ke semasa.

Berdasarkan bayaran fasa 1 yang lepas (Mac), pembayaran dibuat pada hujung bulan iaitu 28 Mac secara berperingkat.

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592
Putrajaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge