Ismail Sabri Bantuan Keluarga Malaysia

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 4 yang dijadualkan pada Disember depan dipercepatkan pada 15 November ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat dan dijangka selesai pada 18 November.

Setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran bantuan itu merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember kepada November adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

Bayaran BKM Fasa 4

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BKM melalui pautan bkm.hasil.gov.my

Perdana Menteri berkata, pembayaran bernilai RM2.1 bilion itu akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima. Mereka adalah terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan.

Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

Sebelum ini, BKM Fasa Tiga telah dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 20 September lalu secara berperingkat.

Wang Bantuan

Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepatkan

Perdana Menteri berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima. Mereka terdiri daripada penerima BKM sedia ada iaitu dalam kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan dengan cabaran kenaikan inflasi. Begitu juga krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.

Dalam kenyataan akhbar, BKM merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Untuk pembayaran BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900.

kelayakan BKM

BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini.

Ada akaun bank dan berjaya kreditKredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atauKredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Tiada akaun bankTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
  • Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
    1. Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Mac
    2. Bayaran fasa kedua telah disalurkan kepada penerima yang layak pada 27 Jun sehingga 7 Julai 2022:
    3. Bayaran fasa ketiga disalurkan mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan selesai pada 27 September 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge