Cara Mohon MySalam

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat My Salam melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapakah yang layak untuk mySalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Semak Kelayakan mySalam

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Buat masa ini, manfaat di bawah Skim ini hanya merangkumi hospitalisasi di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Tentera yang disenaraikan di laman web mySalam.

Bagi diagnosis penyakit kritikal, jika penyakit kritikal didiagnos di hospital swasta atau hospital selain Hospital Kerajaan Malaysia, tetapi rawatan lanjut dibuat di hospital kerajaan atau hospital yang layak, ianya masih layak untuk manfaat penyakit kritikal dengan syarat borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ dilengkapkan oleh doktor atau pakar yang merawat di hospital kerajaan.

sakit bertongkat

Seperti yang diumumkan di dalam Pakej Prihatin, manfaat hospitalisasi mySalam (RM50 sehari untuk maksimum 14 hari) telah dipanjangkan kepada mereka yang :

• dimasukkan ke hospital kerana Covid 19, atau

• diarahkan untuk kuarantin di pusat kuarantin KKM atau di rumah sebagai Pesakit Bawah Siasatan (PUI).

Sehingga akhir bulan Januari 2021, MySalam telah meluluskan 67,000 tuntutan berkaitan Covid 19 berjumlah RM35 juta.

Skim perlindungan mySalam

Bagi penerima manfaat mySalam, maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge