Untuk makluman, semakan iSinar Kategori 2 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 8 Februari 2021, mulai jam 8 pagi ini.

Terbaru, tengah malam tadi KWSP memaklumkan terdapat kesalahan teknikal berhubung paparan status iSinar.

Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2

Jangkaan tarikh bayaran iSinar Kategori 2 adalah mulai 25 Februari ini secara berperingkat.

  1. Bagi kategori 2, pembayaran pendahuluan i-Sinar telah dibuat awal melalui bayaran interim yang telah bermula pada 25 Januari lalu.
  2. Mengikut makluman yang diperolehi oleh Pegawai KWSP melalui LIVE chat, ia akan mula dilaksanakan mulai 25 Februari ini secara berperingkat.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
  5. Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Baca juga: Cara Semak Keputusan i Sinar KWSP Online

Isikan data yang betul

Rayuan i-Sinar Kategori 2

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jika anda TIDAK LULUS Kategori 2, permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pegawai KWSP sekiranya ada.

Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online

  • Layari https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Tekan butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
  • Isikan nombor MyKad / MyPR
  • Isikan nombor telefon bimbit berdaftar dengan iAkaun
  • Tandakan butang reCAPTCHA (saya bukan robot)
  • Klik SEMAK STATUS
borang iSinar KWSP Online

Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Jika anda masih belum memohon pengeluaran, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui artikel ini : i-Sinar Kategori 2 : Dokumen Sokongan dan Kemaskini Maklumat 11 Januari 2021

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

2 Comments

  1. I nak rayuan I sinar duit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge