Solidariti industri kreatif 2021

Kemelut yang melanda Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan beberapa persatuan yang dilihat tidak sehaluan dengannya berlanjutan.

Terbaru, sedang beredar di media sosial kempen mengajak orang ramai menyokong petisyen dalam talian bagi mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk memecat Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid.

Seorang lagi yang turut disenaraikan agar dipecat KKMM ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Antara alasan utama petisyen itu dilancarkan adalah, penggiat seni semakin berasa tertekan disebabkan Zakaria dan Ahmad Idham tidak sensitif nasib menimpa industri penerbitan kandungan kreatif ketika ini.

Ahmad idham
CEO FINAS

“Dalam situasi pandemik yang melanda Malaysia hari ini, pemain industri kreatif dan filem Malaysia berasa terpinggir oleh Pengerusi dan CEO Finas yang seharusnya memikirkan cara untuk menolong dalam membantu ekonomi kami dan juga negara,” kata kandungan petisyen tersebut.

Dimulakan individu menggunakan gelaran Art Revolt, petisyen Pemain Industri Filem Mahukan Keadilan Dan Mendesak KKMM Memecat CEO dan Pengerusi Finas itu kini mengumpul hampir 3,000 tanda tangan selepas 24 jam dilancarkan.

Solidariti Industri kreatif

Petisyen itu turut ditujukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menambah rasa terkilan mereka, Zakaria dan Ahmad Idham juga didakwa memperlihatkan “kecetekan akal” apabila membuat kenyataan tidak wajar berkenaan penggiat seni yang kononnya tidak menyumbang kepada ekonomi negara di media sosial mereka.

Pertimbang beri kebenaran semula 

“Justeru, hari ini, kesabaran sudah sampai batasnya dan tiba masanya untuk kami berhenti mengikuti arahan pengerusi atau CEO Finas yang nampaknya tidak memainkan peranan mereka.

“Dengan ini kami mengemukakan petisyen bahawa kami, pemain industri kreatif dan filem Malaysia bersatu mendesak KKMM untuk menyingkirkan Pengerusi dan CEO Finas daripada jawatan mereka,” kata petisyen berkenaan. -Malaysiakini-

Ini pula yang diluahkan Dato’ Adi Putra di laman instagram beliau

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge