cadangan lanjutan moratorium belanjawan 2021

Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar balik pinjaman mereka.

Pensyarah Kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata bank-bank di negara ini, terutamanya bank-bank di bawah kerajaan seperti Agro Bank, masih berupaya memberikan moratorium itu.

“Agro Bank contohnya di bawah Kementerian Kewangan, apa salahnya diberikan moratorium kepada petani, pesawah, peladang kerana mereka ini akan menyumbang kembali kepada industri agro makanan negara,”

lanjutaan moratorium bank

Bank komersial juga dilihat mampu melaksanakan moratorium apabila lapan bank tempatan dilaporkan mencatatkan jumlah keuntungan sebelum cukai berjumlah RM35 bilion, untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2019.

Laporan suku tahun kedua tahunan bank menunjukkan mereka masih lagi mencatat keuntungan walaupun terdapat bank yang mengumumkan tidak memberi dividen interim kepada pemegang saham.

Selain itu, kerajaan perlu memberi fokus kepada menawarkan peluang kerja baharu melalui ekonomi digital bagi memastikan Malaysia mampu menjadi negara pengeluar dan pencipta berbanding negara pengguna.

Moratorium Bank Negara Malaysia

Kita tidak boleh buat benda yang sama setiap tahun tetapi mengharapkan keputusan berbeza jadi kerajaan kena berani mencuba benda baru seperti dalam ekonomi digital atau penggunaan teknologi oleh golongan muda.

Mereka ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dan jika diberi peluang untuk menaik taraf kemahiran dan pengetahuan, mereka boleh menjana pendapatan melalui pekerjaan bukan tradisional, melangkaui sempadan negara asalkan ianya memberi nilai tambah ke atas industri sedia ada.

Duit Bantuan

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha mahu kerajaan memberi keutamaan kepada peningkatan kemudahan digital termasuk jalur lebar terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan belia mudah menjalankan keusahawanan melalui platform itu.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan melalui media sosial boleh membantu siswazah yang berdepan pengangguran mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan selepas tamat belajar.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge