Mohd Amin Yasin, 42, bekas suami usahawan kosmetik Hasmiza Othman (DS Vida), membuat tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak.

Pada prosiding berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.

Itu adalah antara kes yang berlaku sekarang. Kisah mengenai hak jagaan anak-anak

Anak-anak adalah anugerah Allah yang paling bernilai dalam hidup manusia. Mereka adalah manifestasi daripada konsep Maqasid al-Syariah yang terkenal iaitu hifz al-nasl. “Hifz al-nasl” boleh diertikan sebagai penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan keturunan manusia di atas muka bumi ini. Tanpa penjagaan keturunan daripada sudut fizikal, maka manusia akan pupus dan misi utama manusia ke muka bumi untuk memakmurkannya sesuai dengan kehendak Pencipta Yang Maha Esa akan gagal.

Manakala daripada sudut rohani dan kemasyarakatan, anak-anak yang lahir bukan daripada hubungan yang sah antara suami dan isteri akibat berleluasanya zina akan menjadi tersisih akibat hilangnya jaminan berbentuk nafkah dan nasab kekeluargaan yang menjadi hak asasi bagi setiap manusia.

Berikut dinyatakan beberapa takrif bagi hadhanah:

  • Berkata Syeikh Ali al-Jurjani, “hadhanah” ialah: “تربية الولد” (pengasuhan anak). Rujuk al-Ta`rifat (hlm. 88)
  • Menurut al-Mu`jam al-Wasit (1/182), kalimah “hadhanah” bermaksud:

“Wilayah kuasa ke atas kanak-kanak untuk mendidiknya dan menguruskan urusannya.”

Tujuan Hukum Hadhanah

Hadis di atas juga jelas menunjukkan bahawa kebajikan atau maslahat anak adalah objektif utama dalam hukum hadhanah. Penjaga mestilah pihak yang boleh mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak ketika anak itu berada dalam jagaannya. Oleh sebab itu, turutan penjaga itu mesti diberikan kepada pihak waris perempuan terlebih dahulu kerana mereka yang lebih penyayang dan belas kasihan.

Hikmah pensyariatan hadhanah adalah untuk mengatur tanggungjawab berkaitan dengan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang masih kecil.

Ini kerana kemungkinan suami isteri berpisah atau hidup tanpa persefahaman, atau berada dalam kesempitan untuk memberi perhatian dan mendidik anak kecil mereka. Jika keadaan ini dibiarkan, pertikaian mereka tidak akan selesai. Hal ini merupakan satu penganiayaan terhadap kanak-kanak dan mengabaikan kepentingan mereka.

Keadaan ini berkemungkinan menjadi penyebab kehancuran masa depan kanak-kanak itu. Oleh itu, peraturan yang menyeluruh perlu diwujudkan bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik mereka.

Penentuan penjagaan kanak-kanak tersebut hendaklah berdasarkan keutamaan agar kepentingan mereka tidak terjejas sekiranya berlaku pertikaian atau perselisihan di kalangan penjaga mereka.

Ibu lebih berhak daripada bapa dalam menjaga anak kecil kerana:

  • Kasih dan kesabaran ibu menanggung beban menjaga dan mendidik anak kecil.
  • Ibu lebih berlemah-lembut dalam menjaga dan mendidik anak-anak, di samping mampu memberikan kasih sayang dan belaian yang diperlukan oleh anak-anak kecil.”

Siapa Yang Berhak Mendapat Hak Jagaan Anak?

Berdasarkan hadis di atas juga, Islam telah menetapkan bahawa yang paling layak mendapat hak jagaan anak setelah terbubarnya sebuah perkahwinan adalah ibu kepada anak-anak tersebut, selagi mana si ibu tersebut belum berkahwin dengan suaminya yang baru. Sabda Nabi ﷺ: أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ مَا لَمْ تَنْكِحِي menunjukkan bahawa sebelah pihak ibu yang berhak mendapatkan jagaan bagi anak kecil tersebut.

Di Wilayah-Wilayah Persekutuan, seandainya si ibu didapati oleh pihak mahkamah hilang kelayakan untuk menjaga anak tersebut, maka ianya akan berpindah kepada salah seorang yang berikut :

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) ibu saudara sebelah ibu;
(k) ibu saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah

Kelayakan Yang Diperlukan Untuk Jagaan

Hadis di atas juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang mempunyai hak mengasuh seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

(a) dia adalah seorang Islam;

Justeru, di sisi mazhab Imam Syafie sekiranya kanak-kanak itu seorang Islam kerana mengikuti ayah atau ibunya, maka tidak sabit hadhanah bagi pihak yang bukan Islam, kerana hadhanah itu adalah wilayah, sedangkan tiada wilayah kekuasaan bagi orang kafir ke atas orang Islam.

(b) dia adalah sempurna akal;

(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Tempoh Jagaan

Daripada zahir hadis di atas juga menunjukkan bahawa hak hadhanah terikat dengan status bayi atau kanak-kanak tersebelum sebelum mumayyiz. Apabila anak jagaan itu mumayyiz, iaitu bolehnya kanak-kanak tersebut menyelesaikan urusannya yang khusus tanpa memerlukan bantuan orang lain seperti boleh makan dan minum dengan sendiri, boleh menguruskan diri sendiri ketika qadha’ hajat, membersihkan dirinya dari kotoran dan juga bleh melakukan ibadah taharah (bersuci) daripada wudhu’ dan sebagainya, maka berubahlah ia menjadi kafalah.

Ketika menyelesaikan isu hadhanah sentiasa mengutamakan kebajikan anak dan memastikan kanak-kanak itu mendapat asuhan, pendidikan, pembiayaan dan tempat tinggal terbaik untuk tumbesaran dirinya. Kebajikan itu pula tidak terhadap kepada maslahat yang bersifat duniawi semata-mata, bahkan memastikan pemeliharaan itu seimbang dengan maslahat ukhrawi juga.

Dalam bahasa yang lebih jelas, hukum hakam hadhanah tidak boleh lari daripada aplikasi Maqasid al-Syariah yang jelas menunjukkan bahawa tujuan Syarak adalah untuk menjaga nyawa kanak-kanak daripada terbiar akibat perpisahan yang berlaku antara ibu bapa.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge