Sekolah tutup

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah perlu diberikan autoriti atau kuasa untuk menentukan sama ada untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atau bersemuka.

Meskipun PdPR hanya berlangsung selama dua minggu bermula 21 Mac, namun Kementerian Pendidikan tidak boleh menafikan wujudnya kekangan untuk melaksanakan kaedah tersebut berikutan capaian internet yang lemah khususnya di luar bandar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Akademi Profesor Malaysia (APM) , Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, masih banyak sekolah terutama di kawasan strategik dan kurang ancaman C0VID-19 boleh meneruskan pembelajaran secara bersemuka.

Sekolah Selangor

JALAN TERAKHIR

Justeru katanya, keadaan itu mewajarkan pihak PPD dan sekolah menentukan sekolah mana yang perlu menjalani PdPR atau bersemuka berbanding menuruti keputusan mutlak kementerian.

Sebaiknya PdPR ini adalah jalan terakhir. Masalah PdPR memang tidak selesai. Sebelum ini kita tahu macam mana, hasilnya pembelajaran pelajar merundum. Kehadiran pelajar dalam PdPR hanya 50 peratus atau kurang.

Masih banyak tempat pada asasnya tiada kes jangkitan berlaku, jadi saya masih beranggapan sepatutnya diputuskan di peringkat daerah atau sekolah. Kalau buat penangguhan bersemuka, banyak sahaja sekolah masih boleh untuk bersemuka.

Timbalan Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Insan, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah pula berkata, sekolah perlu memikirkan alternatif lain seperti kaedah pos, mesej ringkas melalui aplikasi Whatsapp, Telegram dan saluran Didik TV.

Jadual saluran Didik TV perlu selari dengan kandungan yang hendak diajar. Masalahnya, jadual belum diselaraskan dengan takwim pengajaran sekolah. Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) perlu bantu selaraskan jadual siaran supaya selari dengan takwim sekolah.

Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin mengumumkan, sesi persekolahan penggal pertama sesi 2022/2023 bagi semua sekolah di seluruh negara tetap bermula 21 Mac dengan ada murid yang perlu hadir secara bersemuka, penggiliran dan PdPR.

Bantuan Persekolahan Awal Zakat Pulau Pinang

SUBJEK TERAS

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, kementerian wajar mengarahkan pihak sekolah supaya menekankan pembelajaran pada mata pelajaran teras jika meneruskan PdPR selama dua minggu.

Banyak subjek yang boleh ‘ditangguhkan’ dahulu ketika ada yang masih tidak mendapat akses pembelajaran secara dalam talian. Ini adalah minggu peralihan pelajar dan bukan masa sesuai kita mengejar semua mata pelajaran.

Namun, masalah internet mesti diselesaikan, kerana kalau tiada pandemik pun, kita memerlukan kemudahan ini untuk pembelajaran masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge