Hishammuddin Ismail Sabri KJ

Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik C0VID-19, mulai 1 April ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor Menteri Kuartet.

Fasa peralihan ke endemik itu adalah langkah strategi keluar untuk membolehkan negara kembali semula ke kehidupan hampir normal sebelum penularan wabak C0VID-19.

Ismail Sabri

Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

Had waktu operasi bagi premis perniagaan juga dimansuhkan. Premis boleh melaksanakan waktu operasi masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis dan ini bermakna rakyat boleh makan di kedai makan atau restoran selepas jam 12 tengah malam.

mysejahtera

Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi dikecualikan untuk kawasan terbuka yang tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai. MySJ Trace diwajibkan untuk tempat tertutup dipenuhi pengunjung.

Kerajaan mencadangkan aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau dan rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan Majlis Agama Negeri.

Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi juga dimansuhkan. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang membabitkan perkumpulan ramai.

Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had itu akan dimansuhkan secara menyeluruh. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus namun penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan

2 Comments

  1. Keputusan terkini ini diharap dapat merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
    Laila recently posted…Fasa Peralihan Ke EndemikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge