Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 dan sudah semestinya ramai yang ingin mengisi permohonan BPR 2021
SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
Kategori kelayakan bagi Permohonan BPR 2021
Kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai
anak; atau
c) Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60
tahun dan ke atas
ii. Bujang
a) Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
tidak mempunyai anak; dan
b) Had umur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kriteria kelayakan bagi pemohon BPR 2021
Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori
seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
b) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
ii. Bujang
Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Terkini! : RM250 – RM1,300 Bantuan Khas Covid 19 BKC 2021 – Miskin Tegar, B40, M40
Baca juga : Semakan BPR 2021 : Kadar Bantuan Prihatin Rakyat
Pendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15
Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut :
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM
Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM.
Baca terkini : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Fasa 1
Cara Buat Permohonan BPR 2021
Anda boleh membuat Permohonan BPR 2021 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat
turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara
percuma di:
a. Portal Rasmi BPR LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Cara Hantar Borang BPR 2021
Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dokumen Sokongan Permohonan BPR 2021
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan)
yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :
i. Pemohon:
a) Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Negeri / JPN; atau
b) Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
atau
c) Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d) Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan
oleh Mahkamah
e) Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
atau
b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a) Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
b) Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) perlu diisi
semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM
ATAU boleh memuatnaik ke sistem BPR semasa permohonan secaradalam talian.
Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status
perkahwinan:
i. Kad nikah; atau
ii. Sijil Lahir Anak
Cara Bayaran BPR 2021
Jika permohonan BPR 2021 diluluskan, mekanisme pembayaran adalah seperti berikut :
i. Bayaran kepada pemohon sekiranya :
a) Pemohon melaporkan akaun bank dan status pembayaran
BPR 2021 berjaya kredit.
b) Pemohon dan pasangan tidak melaporkan maklumat akaun
bank
ii. Bayaran kepada Pasangan (lapor akaun bank) sekiranya:
a) Pemohon tidak melaporkan akaun bank
b) Pemohon melaporkan akaun bank tetapi status pembayaran
BPR 2021 gagal kredit.
Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat seperti berikut :
Kategori Isi Rumah | RM300 |
Individu Bujang berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun | RM150 |
Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah mulai penghujung September / Oktober 2021 secara berperingkat
Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi pembayaran
BPR 2021, agar proses pembayaran dapat diterima dengan mudah dan
cepat. Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank,
pembayaran adalah secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) selepas maklumat nombor siri penunaian dipaparkan pada Portal
Rasmi BPR.
Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan
tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas
kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan
permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu
membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BPR
2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu
berdasarkan data BSH 2020 atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021
adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ;
ii. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR:
Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
Salam…sy nk tnya kalau y isu poligami mcm mn ya…blh ke isteri lain mohon juga atau pn permohonan hnya suami sahaja
Bantuan demi bantuan..tak sayang gomen skang ni tak tahu lah hehe
Laila recently posted…Cara Mohon Dan Semak Status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
macam mana kalau acc bank x ada nak isi ap kt bpr tu?
Alip Nazmirul recently posted…BPR 2021 bermula 15 Januari : Kategori dan Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat
Sebaiknya ada akaun sendiri lebih bagus. Jika gagal kredit, akan lambat dapat
Daftar
Pelajar yg tidak bekerja layak atau tidak utk mohon bantuan?
sekiranya isteri sahaja ada acc bank. Bolehkah acc bank isteri di isi di ruangan suami??
Letak akaun isteri di akaun isteri. Di suami letak tiada akaun. Details yang betul perlu diisi
Saya nak mendaftar
Jika nama pemohon bpr (keluarga) adalah nama isteri kemudian si suami meninggal dunia, boleh ke si isteri tuntut khairat kematian utk arwah suami?
Nk tanya, sblm ni (1.0) BPR telah kredit ke acc isteri, tp (2.0) masuk ke acc pemohon iaitu suami, kenapa kejadian ini blh berlaku? Adakah pada bantuan tambahan ini pun akan di kredit ke acc pemohon?