Poster Filem Mat Kilau

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof terbitan Studio Kembara dengan kerjasama Skop Productions Sdn Bhd. 

Dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai pelakon utama, filem ini diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan. Filem ini ditayangkan bermula pada 23 Jun 2022.

Tayangan filem di pawagam contohnya bermula hari khamis ini hingga rabu minggu depan. (7 hari). Untuk kiraan kutipan filem, ada perbezaan setiap minggu dan ia dibahagikan kepada tiga.

Contoh jika minggu pertama ;

25% = cukai hiburan, bakinya ;
50% = pawagam
50% = producer

Untuk minggu kedua, pawagam naik 5%

25% = cukai hiburan ; bakinya
55% = pawagam
45% = producer

Untuk minggu ketiga, pun pawagam naik 5%

25% = cukai hiburan ; bakinya
60% = pawagam
40% = producer

Untuk minggu keempat, pun pawagam naik 5%

25% = cukai hiburan ; bakinya
65% = pawagam
35% = producer

Jadi, jika contoh minggu pertama dapat RM21 juta ;

Cukai = RM5.25 juta
pawagam = RM7,875,000
producer = RM7,875,000

Kiraan Kutipan Filem
@cahayaasmawi

FILEM ‘MAT KILAU’ KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON ‘MAT KILAU’ DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia

♬ original sound – cahayaasmawi – cahayaasmawi

Minggu lain, kiraan lain lah selepas tu. Kita jangan lihat angka besar, kita dah kata dah balik modal.. dah ada untung besar. Cuma hakikatnya baru nak ‘berdehem’ sedikit.

Apa-apa pun, cukai hiburan 25% memang termaktub dikira. Pengecualian cukai tertakluk kepada permohonan kepada badan berkaitan. begitulah serba sedikit kiraan kutipan filem di Malaysia.

Jadi, jom kita bagi full support untuk Filem Mat Kilau. Bagi rancak berpencak bergempa di panggung wayang.

Info kiraan : Mawi

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge