Pinjaman BSN tanpa faedah

BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.

Apakah BSN MyRinggit-i Banjir?

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Kemudahan ini merupakan pembiayaan peribadi yang bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Pinjaman BSN MyRinggit-i Banjir

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
  • Bukan seorang yang muflis.
  • Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah.

Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir telah dibuka mulai 27 Disember 2021. Mangsa-mangsa terjejas banjir boleh memohon dengan melengkapkan dokumen secara atas talian mulai tarikh yang dinyatakan.

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis berkenaan rumah yang terjejas.
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.

Sila hantar dokumen yang lengkap semasa permohonan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar. Tempoh pembayaran adalah selama 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan. Kaedah bayaran ansuran bulanan adalah seperti di:

  1. Tunai di kaunter BSN
  2. Arahan Tetap
  3. IBG/ e-payment
  4. ATM/ CDM/ myBSN
  5. Mana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN

Baca juga : Lubuk Duit Selepas Sertai Kelas Jana Income di Shopee

BSN MyRinggit-i Banjir

Cara Permohonan

Untuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my atau terus ke https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir

Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan. Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistempesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.

1 Comment

  1. Saya ada mohon i-banjir 29 hb, dpt tahu 7 hb reject . Alasan sbb doc tk jelas tp sblm ni doc sama apply bantuan banjir. Jelas je dan lulus. Tk puas hati rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge