Sepasang suami isteri diberkas di Beranang, Hulu Langat, di sini  bagi membantu siasatan kes dera anak angkat. Ia merupakan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pasangan terbabit ditahan di rumah mereka pada 2.30 pagi selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.14 tengah malam tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan berkenaan didakwa dipukul dan dipaksa memakan nasi sehingga termuntah.

“Siasatan juga mendapati kejadian disebabkan kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif itu tidak suka makan nasi dan pasangan terbabit memaksanya untuk telan nasi sehingga termuntah,”.

Baca juga : 2 Suspek Samun Bersenjata Warga Emas Diberkas, Ada 18 Rekod Lampau

Dera Anak Angkat

Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu dikatakan dipukul pasangan terbabit menggunakan penyangkut pakaian, kayu penyapu dan dicucuh dengan pemetik api.

Pemeriksaan oleh doktor di Hospital Kajang mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu merupakan anak seorang wanita Indonesia dan kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kanak-kanak itu diserahkan kepada pasangan terbabit pada April lepas kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya,”.

Beliau berkata wanita berusia 28 tahun itu dan suaminya warga Singapura berusia 30-an direman sehingga 28 Julai. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

Apalah yang berlaku sekarang, seumpama tiada belas kasihan. Dera anak angkat bukan satu tindakan yang bijak bagi seseorang dewasa yang patut jadi contoh.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge