Mat Kilau di Gaza

Filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini ditayangkan di Gaza sempena Pameran ‘A Story Behind A Photo’ yang dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Tayangan Perdana filem tersebut diadakan menerusi penstriman Netflix di Inkubator Perniagaan Malaysia, Gaza yang dihadiri ratusan penduduk tempatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, filem itu ditayangkan kerana sejarah Palestin dan Malaysia adalah tidak jauh beza yang mana kedua-duanya pernah dijajah pihak British.

Filem Mat Kilau Gaza

“Sejarah kedua-dua negara Palestin dan Malaysia hampir sama berikutan pernah dijajah serta ditipu dengan alasan membawa kemajuan termasuk dilawan dan dikhianati pembelot.

“Bezanya Malaysia telah merdeka, dan Palestin masih memerlukan kita untuk mengecapi apa yang ada di tangan kita,” katanya ringkas.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem inspirasi sejarah ketokohan pejuang Mat Kilau di Pahang yang diarahkan oleh Syamsul Yusof. Dipenuhi dengan aksi persilatan, filem itu mengetengahkan berkenaan perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British pada tahun 1880-an.

Turut ditayangkan dalam sesi tersebut ialah filem Paskal.

Baca juga : Amalan Mandi Embun Mat Kilau

Pelakon Filem Mat Kilau

Sebelum ini, filem Mat Kilau yang ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan pawagam sebanyak lebih RM100 juta.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asari dan Datuk Rahim Razali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge